Harian Metro: Global |
Posted: 30 Jul 2011 08:15 AM PDT PHOENIX (Arizona): Empat orang dewasa berdepan dengan tuduhan membunuh secara kejam seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dikurung dalam kotak kecil sebagai hukuman mengambil aiskrim tanpa kebenaran. Pihak berkuasa mulanya mengisytiharkan Amy Deal 'mati tanpa diketahui puncanya,' selepas keluarganya berkata dia meninggal dunia secara mengejut ketika bermain dengan kanak-kanak lain di kediamannya di Phoenix.
Polis berkata, Ame sering dikunci dalam kotak 1 meter panjang dan setengah meter lebar dan kira 300 sentimeter dalam.
Mereka menghadapi tuduhan membunuh dengan niat.
Kedua-duanya menghadapi tuduhan mendera dan menculik.
|
Polis pecah kereta selamatkan ‘bayi’ Posted: 30 Jul 2011 08:11 AM PDT LONDON: Polis memecahkan cermin sebuah kereta untuk menyelamatkan seorang bayi yang ditinggalkan dalam kenderaan itu ketika cuaca panas terik sebelum menyedari ia hanya anak patung. Chanel Cristofis, 5, meninggalkan anak patungnya, Sam, dalam kereta bapanyanya, Anastasi selepas dihantar ke sekolah.
Anastasi kemudian pergi bekerja. Seorang wanita yang melintas kawasan tempat letak kereka ternampak anak patung bersaiz bayi itu, menyangka ia bayi betul yang ditinggalkan di dalam kereta, sebelum bertindak menelefon polis.
"Mereka memberitahu saya supaya tidak meninggalkannya di dalam kereta lagi," kata Anastasi. Anak patung serupa itu amat popular di kalangan kanak-kanak perempuan.
Isteri Anastasi, Victoria berkata, anaknya tidak boleh dipisahkan dengan anak patung itu tetapi ia menyebabkan pelbagai masalah. "Pernah seorang wanita terkejut dan ketakutan melihat Chanel menggoncangkan kepala anak patung itu. Wanita itu menyangka ia bayi betul," kata Victoria. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan