Berita Harian: Dunia |
Dunia Islam tegang sambut Ramadan Posted: 31 Jul 2011 09:16 AM PDT Dunia Pertumpahan darah akibat keganasan, konflik dalamanMAKKAH: Umat Islam di seluruh dunia memulakan hari pertama menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan tahun ini di dalam pelbagai suasana, dengan tunjuk perasaan, bantahan dan peperangan masih berterusan di beberapa buah negara. Pada masa sama, kumpulan aktivis dan laman web berita Islamonline meramalkan tunjuk perasaan untuk mendesak pemulihan sistem demokrasi di sesetengah negara Islam semakin meningkat menjelang 10 hari terakhir bulan yang dianggap paling mulia di dalam kalendar Islam itu. Di GHAZNI (Afghanistan) sekurang-kurangnya 10 pengawal dari sebuah syarikat keselamatan persendirian terbunuh dalam satu serangan ke atas sebuah konvoi yang membawa bekalan untuk tentera asing semalam.Jurucakap di pejabat gabenor wilayah, Maroof Ayubi, berkata pertempuran berlaku selepas konvoi terbabit diserang hendap kumpulan pemisah bersenjata di sini. Sementara itu, dalam satu serangan bunuh diri di luar ibu pejabat polis di bandar Lashkar Gah menyebabkan 12 anggota keselamatan dan seorang kanak-kanak terbunuh. Di HAMA (Syria) seramai 95 orang terbunuh apabila pasukan tentera menyerang penunjuk perasaan di bandaraya Hama di tengah, Syria, semalam.
Beliau berkata, lebih 1,500 orang awam dan 360 anggota keselamatan terbunuh, manakala 12,000 orang ditahan dan beribu-ribu lagi melarikan diri ke Turki sejak tunjuk perasaan tercetus di Syria pertengahan Mac lalu. Di XINJIANG (China) 10 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam serangan dilakukan dua lelaki etnik Uighur, menggunakan pisau di wilayah ini yang dilanda masalah ketegangan kaum. Laman web kerajaan tianshannet.com melaporkan, dua suspek merampas trak yang sedang berhenti di lampu isyarat di sebuah pasar di Kashgar dan membunuh pemandunya. Dalam serangan kedua, 10 lagi maut dan empat ditembak mati polis. Jurucakap kerajaan, Hou Hanmin, berkata dalam kejadian itu, seorang daripada penyerang berjaya dibunuh, manakala seorang lagi ditahan tidak lama kemudian. Punca serangan masih disiasat. Di ADEN (Yaman) sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh dalam keganasan di Zinjibar yang kini dikuasai kumpulan al-Qaeda, kata tentera dan pihak berkuasa tempatan. Seorang pegawai tentera berkata, seramai 11 orang termasuk pegawai kanan tentera, terbunuh dalam pertempuran dengan militan di Dofas, 15 kilometer ke selatan Zinjibar. "Anggota kumpulan al-Qaeda yang berkubu di Dofas, menyerang tentera menggunakan mesingan semalam, menyebabkan dua pegawai dan empat askar terbunuh. Seramai sembilan orang lagi cedera dalam serangan itu," katanya. Di RABAT (Maghribi) Raja Mohammed VI mengarahkan sempadan negara itu dengan Algeria dibuka semula dan meminta pilihan raya diadakan apabila 98 peratus rakyat bersetuju dengan pembaharuan politik yang disokong beliau. Keadaan di Maghribi secara keseluruhannya dilaporkan tegang, manakala penunjuk perasaan meningkatkan desakan supaya proses pembaharuan di negara itu dilaksanakan dengan segera. Di ABUJA, kerajaan Nigeria akan mengadakan perbincangan terbuka dengan kumpulan Islam berikutan beberapa kejadian letupan bom dan tembakan di timur laut negara itu, kata satu kenyataan kerajaan semalam. Kenyataan itu menyebut, Presiden Goodluck Jonathan sudah menamakan tujuh anggota jawatankuasa yang akan menghadiri perbincangan termasuk menteri pertahanan, menteri buruh dan menteri Ibu Negara Persekutuan. Jawatankuasa itu akan mengadakan rundingan dengan puak Islam Boko Haram dan memastikan pasukan keselamatan yang pernah melancarkan kekerasan ke atas kumpulan itu bersikap lebih profesional pada masa depan. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
16 pancaran jadi isyarat mula puasa Posted: 31 Jul 2011 09:14 AM PDT Dunia PANCARAN lampu dilakukan di menara jam Makkah bagi mengumumkan permulaan Ramadan di Arab Saudi, semalam. MAKKAH: Menara jam diraja Makkah, menara kedua tertinggi di dunia, mula memancarkan 16 pancaran cahaya hingga ketinggian 10 kilometer petang semalam bagi mengumumkan permulaan Ramadan. Pembesar suara juga dipasang di puncak menara bagi memperdengarkan laungan azan dari Masjidil Haram boleh didengar pada jarak tujuh kilometer manakala lampu berkuasa tinggi dengan sinaran berwarna putih dan hijau ketika azan berkumandang boleh dilihat sehingga 30 kilometer. "Sinaran lampu itu bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai yang ada masalah pendengaran mengetahui masa solat," lapor akhbar itu.Akhbar Arabnews juga menyatakan, permukaan jam berkenaan berwarna putih manakala jarumnya berwarna gelap ketika siang, bertukar hijau serta putih pada waktu malam. Projek mega jam gergasi berkenaan dilaksanakan di menara ke lima projek Wakaf Raja Abdul Aziz, yang membabitkan pembinaan tujuh menara di Makkah. "Semua persediaan menerima tetamu Ramadan di hotel penginapan menempatkan menara jam sudah lengkap.
Hotel Menara Jam Makkah mempunyai ketinggian 601 meter dengan 76 tingkat dan 858 suite serta mengadap Masjidil Haram. "Kebanyakan jemaah dari pelbagai negara akan melawat menara itu bagi melihat lebih dekat seni bina menara jam. Kami menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur untuk 1,000 tetamu dengan menu sajian dari 15 negara," katanya. Agensi Media Arab Saudi melaporkan bedilan meriam dilepaskan tujuh kali di Makkah menandakan permulaan Ramadan. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan