Sabtu, 25 Jun 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


AS bantu risikan Filipina

Posted:

AS bantu risikan Filipina

AS bantu risikan Filipina

MANILA 25 Jun - Washington akan membantu meningkatkan keupayaan risikan Filipina di Laut China Selatan, ketika perebutan wilayah maritim dengan China semakin tegang di perairan itu, kata Manila hari ini.

Perkara itu dicapai dalam pertemuan antara Pengarah Risikan Kebangsaan Amerika Syarikat (NDI), James Clapper dengan Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario di Washington.

"Pegawai AS berikrar untuk meningkatkan perkongsian risikan NDI dengan Filipina berhubung pemantauan situasi maritim di Laut China Selatan,'' kata Jabatan Luar Filipina dalam satu kenyataan.

Clapper dipetik sebagai berkata, mereka akan membantu Filipina dalam aspek berkenaan selain melahirkan kebimbangan berhubung perkembangan yang berlaku di kawasan perairan tersebut.

Keputusan itu dibuat dua hari selepas AS menyatakan kesediaan untuk membekalkan kelengkapan moden tentera kepada Filipina berhubung isu sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pertahanan Jepun berkata, sebanyak 11 kapal perang China dikesan di kawasan perairan antarabangsa berdekatan Okinawa.

Jepun tidak mendakwa berlakunya sebarang pencerobohan, tetapi kedudukan kapal perang itu Khamis lalu menimbulkan kebimbangan ekoran perbalahan tuntutan kawasan perairan berkenaan.

Jurucakap kementerian itu, Shuichi Fukuya berkata, kapal-kapal perang itu dipercayai dalam perjalanan pulang daripada latihan ketenteraan di kawasan perairan kira-kira 1,500 kilometer dari Okinawa. - AP/AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Michael Jackson terus diingati

Posted:

Michael Jackson terus diingati

Michael Jackson terus diingati


Peminat Raja Pop, Michael Jackson di Korea Selatan menari bagi memperingati ulang tahun kedua kematian penghibur itu di Dataran Gwanghwamoon, tengah Seoul, semalam. - REUTERS


LOS ANGELES 25 Jun - Peminat Michael Jackson di seluruh dunia mengadakan pelbagai majlis dan acara termasuk persembahan tarian bagi memperingati ulang tahun kedua kematian Raja Pop itu hari ini.

Di Los Angeles, majlis memperingati penghibur itu akan disertai perarakan konvoi motosikal di Forrest Lawn Memorial Park, lokasi Jackson disemadikan.

Idea konvoi motosikal yang akan membawa gambar dan imej Raja Pop itu dicetuskan rakan keluarganya, Marcell 'Porkchop' Miller.

Penduduk di bandar Gary, Indiana yang merupakan tempat tinggal Jackson bersama keluarganya sehingga 1969 juga merancang mengadakan majlis bagi memperingati penyanyi itu.

"Kami akan mengadakan Majlis Peringatan Jacksonl pada Jun setiap tahun di Gary, Indiana. Semua orang dijemput hadir,'' kata Datuk Bandar, Rudy Clay yang dipetik laman web selebriti femalefirst.co.uk.

Di Korea Selatan, sekumpulan peminat mengadakan persembahan tarian di Dataran Gwanghwamoon hari ini.

Mereka mempersembahkan beberapa tarian termasuk Moonwalk yang dipopularkan oleh penghibur tersebut.

Penyanyi terkenal itu meninggal dunia dua tahun lepas akibat pengambilan dadah berlebihan ketika berumur 50 tahun. - Reuters/ Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan