Berita Harian: Dunia |
Penggodam aktif di seluruh dunia Posted: 25 Jun 2011 01:26 PM PDT Dunia Tony Blair LONDON: Penggodam komputer berjaya menceroboh dan menyiarkan butir-butir peribadi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair selepas mendedahkan nombor insurans pemimpin itu di internet. Fail yang digodam mengandungi nama, alamat dan nombor telefon kenalan Blair dan disiarkan pada laman Twitter sejak Jumaat lalu, lapor akhbar The Telegraph, semalam. Pengguna siber boleh melihat data itu pada web Pastebin yang disiarkan oleh Twitter menggunakan akaun 'TeaMp0isoN' bersama mesej 'Tony Blair should be locked up, he is a war criminal' (Tony Blair patut dipenjara, beliau penjenayah perang).Web pastebin.com itu membenarkan pengguna memuat naik teks. Antara kenalan Blair dalam fail itu termasuk Lord dan Lady Irvine; ahli Parlimen Parti Buruh, Denis MacShane dan butir-butir peribadi keluarga Blair dan Booth - nama keluarga isteri bekas pemimpin itu, Cherie, selain nombor telefon doktor gigi. Laman web PCmag.com melaporkan, satu anggota pasukan penggodam menggunakan nama 'Trick' daripada 'Team Poison' memiliki data Blair selama setahun sebelum menyiarkannya. Mereka juga merancang menyiarkan data peribadi penasihat Blair termasuk ahli perundangan yang menyokong perang Iraq.
Bulan ini, penggodam menyiarkan di internet nama, tarikh lahit, alamat, emel, nombor telefon dan kata kunci mereka yang menyertai pertandingan anjuran Sony. Sebuah kumpulan penggodam LulzSec, berkata ia bertanggungjawab menceroboh sistem syarikat itu. Penggodam juga menceroboh laman web syarikat Citigroup dan Senat Amerika Syarikat. Pegawai berkata, penggodam mencuri AS$2.7 juta (RM8.1 juta) daripada pelanggan Citigroup selepas pencerobohan berlaku bulan lalu. Terbaru, penggodam menceroboh laman web agensi perangkaan Brazil, IBGE yang lumpuh lima jam selepas serangan berlaku. Dalam serangan itu, penggodam menggantikan laman utamanya dengan gambar mata dan bendera kebangsaan Brazil. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga melaporkan laman webnya digodam tetapi menekankan ia tidak mengandungi sebarang data sulit. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Anak PM Israel hina Arab, Islam di Facebook Posted: 25 Jun 2011 01:24 PM PDT Dunia BAITULMAQDIS: Anak lelaki Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Yair Netanyahu, 19, yang juga seorang jurucakap tentera Israel, ditegur pihak atasannya selepas didapati mengirim ulasan fitnah dan cemuhan ke atas masyarakat Arab dan umat Islam di laman Facebook.Akhbar harian Haaretz melaporkan, Yair mengirim ulasan yang menyatakan bahawa umat Islam 'menyambut kebencian dan kematian.' Akhbar itu tidak menyatakan bagaimana ia memperoleh akses kepada laman Yair. Di laman sama yang dikirim selepas pejuang Palestin memasuki kawasan penempatan Tebing Barat dan menikam hingga mati lima anggota sebuah keluarga Israel, Yair menulis bahawa 'keganasan mempunyai satu agama dan ia adalah Islam.' Yair dalam kenyataan berharap 'tidak akan ada sebuah negara Palestin manakala dua tahun sebelum itu, dia melancarkan kumpulan seramai 23 orang dalam Facebook yang menggesa pemulauan sektor perniagaan dan produk Arab.Yair mengulas rancangan realiti televisyen Big Brother versi Israel dan supermodel Yahudi, Bar Refaeli, selain menyiarkan gambar dirinya bersama tokoh pemimpin antarabangsa seperti bekas Presiden Bill Clinton dan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi. Satu kenyataan tentera berkata, seorang panglima perang Israel sudah bercakap dengan Yair 'untuk menjelaskan beberapa peraturan tentera dan menyatakan kesalahan yang dilakukannya, sama seperti yang dilakukan ke atas mana-mana anggota tentera lain. "Beberapa ulasannya menyalahi peraturan tentera dan dia sudah diarah memadamkan kenyataan politik selepas ditegur," kata kenyataan itu.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan