Sabtu, 25 Jun 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Wanita mati selepas tersedar di majlis pengebumian sendiri

Posted: 24 Jun 2011 09:35 AM PDT

KAZAN (Russia): Seorang wanita mati akibat serangan sakit jantung berpunca daripada kejutan besar dialami apabila tersedar di majlis pengkebumian yang diadakan untuknya.

Fagilyu Mukhametzyanov bagaimanapun tersedar ketika anggota keluarganya menangis di sekitar kerandanya yang terbuka.


Wanita berusia 49 tahun itu menjerit apabila menyedari mereka bersiap sedia untuk mengebumikannya.

Dia dikejarkan ke hospital. Doktor kemudian mengisytiharkan dia mati akibat sakit jantung.


Suaminya, Fagili, 51, berkata: "Matanya berkedip-kedip dan kami serta-merta menghantarnya ke hospital.


"Bagaimanapun, dia hanya hidup untuk 12 minit lagi sebelum mati semula. Kali ini, dia pergi selama-lamanya." Fagili berhasrat menyaman hospital berkenaan.

"Saya sungguh marah dan mahukan jawapan. Isteri saya ketika kali pertama dibawa ke hospital tidak mati tetapi mereka berkata dia mati.


Mereka sepatutnya boleh menyelamatkannya," kata Fagili.

Jurucakap hospital berkata: "Kami sudah memulakan siasatan." - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lindsay Lohan diharam berparti

Posted: 24 Jun 2011 09:32 AM PDT

LOS ANGELES: Pelakon, Lindsay Lohan (gambar) semalam diharamkan daripada berparti ketika menjalani tahanan rumah.

Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman penjara walaupun disahkan positif dalam satun ujian alkohol.


Seorang hakim berkata, Lindsay yang menjalani tahanan rumah sebagai sebahagian daripada persetujuan berhubung merayu dalam satu kes mencuri barang kemas, tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan.

Hakim Stephanie Sautner berkata, Lindsay sepatutnya lebih bijak ketika membuat keputusan untuk mengadakan barbeku di bumbung rumahnya.


"Anda tidak bersalah dalam tuduhan melanggar syarat percubaan. Anda bersalah kerana membuat keputusan yang tidak betul.


"Tahanan rumah sama dengan penjara," katanya.

"Saya mengarahkan kamu supaya tidak berparti. Anda hanya boleh menerima seorang kawan pada satu masa dan seorang anggota keluarga jika anda mahu. "Jangan anjurkan barbeku di atas bumbung rumah anda," kata hakim itu.


Pelakon berusia 24 tahun itu memulakan tahanan rumah pada 26 Mei lalu dalam kes berhubung dakwaan mencuri rantai berharga AS$2,500 (RM7,500) dari sebuah kedai barang kemas berhampiran kediamannya di Venice Beach.

Lindsay menghabiskan masa beberapa jam dalam penjara pada April setelah seorang hakim mendapati dia bersalah melanggar syarat percubaan dalam kes memandu di bawah pengaruh dadah dan arak pada 2007.


Pada Julai tahun lalu, Lind- say dihukum penjara 90 hari dan 90 hari lagi di pusat pemulihan kerana kerana kes memandu dalam keadaan mabuk.


Dia bagaimanapun dibebaskan selepas 13 hari atas alasan keadaan sesak dalam penjara.


Pada September, pelakon itu sekali dipenjara tetapi dibenarkan diikat jamin hanya selepas 15 jam.


Pada 2007, dia menghabiskan masa 84 minit dalam penjara selepas polis menahannya dua kali kerana memiliki kokain ketika memandu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan