Rabu, 29 Jun 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Tuah wanita malang

Posted: 28 Jun 2011 10:08 AM PDT

NOTTINGHAM: Walaupun mengalami masalah otot dan bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda bermotor untuk bergerak, Liz Denial, sangat bernasib baik.

Meluangkan masa menyertai pertandingan dalam talian, Liz memenangi beratus-ratus daripadanya.


Berasal dari Stapleford, Liz memenuhkan rumahnya dengan pelbagai hadiah diperoleh daripada pertandingan berkenaan, termasuk televisyen LCD 37 inci, sistem teater rumah, dua permainan X-Box dan beratus-ratus barangan bilik mandi serta pencuci rumah.

Bekas pekerja bank berusia 51 tahun itu juga pernah memenangi percutian ekslusif lima bintang ke Kenya.


Melalui pertandingan televisyen Deal Or No Deal, Liz mendapat lebih RM80,300 bagi melengkapkan gaya hidup mewahnya.


Media semalam melaporkan, tuah mula menyebelahi Liz sejak Oktober tahun lalu apabila dia memenangi pertandingan setiap hari.

Katanya, sejak berhenti daripada kerja akibat penyakit fibromyalgia, dia terpaksa bergantung kepada hadiah pertandingan untuk menyara hidup.


"Saya tak ada kerja dan kerusi roda ini memerlukan biaya besar untuk digunakan," katanya.

Mengenai tuahnya, Liz mengakui dia kadang-kadang berasa seperti bermimpi.


"Barangkali takdir saya begini. Dalam kesakitan amat sangat akibat fibromyalgia, nasib menyebelahi saya," katanya.


Selain hadiah lumayan, Liz tidak mengetepikan hadiah lebih kecil seperti syampu dan produk pencucian.


Katanya, jika tidak diperlukan, hadiah berkenaan dijual kepada rakannya.


"Apabila saya memenangi hadiah melancong ke Kenya, saya langsung tidak mempercayainya kerana ia benar-benar di luar dugaan," katanya.


Liz berkata, setakat ini hadiah paling pelik pernah diterimanya ialah kad gergasi memaparkan pelawak dan penerbit terkenal Britain, Ricky Gervais.


"Memang ada hadiah sangat pelik, tetapi yang lain ternyata banyak membantu saya," katanya. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aishwarya ‘cuti’ berlakon demi kandungan

Posted: 28 Jun 2011 10:06 AM PDT

MUMBAI: Bintang Bollywood dan bekas Ratu Dunia, Aishwarya Rai, menggantung seketika semua aktiviti perfilemannya kerana hamil, kata penerbitnya semalam.

Kenyataan syarikat produksi UTV Motion Pictures menegaskan, ketika ini tiada yang lebih penting daripada kesihatan Aishwarya.


"Dalam konteks ini, kami mencapai persetujuan langkah terbaik ialah berhenti menjalani penggambaran untuk sementara berbanding meneruskan jadual ketat selama beberapa bulan akan datang," kata kenyataan itu.

Berita kehamilan Aishwarya, 37, diumum bapa mentuanya, Amitabh Bachan, minggu lalu melalui Twitter dan blognya.


Aishwarya memenangi gelaran Ratu Dunia pada 1994 dan berkahwin dengan Abhishek, 35, pada 2007.


Ketika ini Aishwarya menyiapkan filem berjudul Heroine terbitan UTV Motion Pictures. Media India baru-baru ini meramalkan watak utama dibawa Aishwarya dalam Heroine mungkin digantikan dengan aktres lain. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan