Jumaat, 17 Jun 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Kapal terdampar akibat tsunami cuba dipindah ke laut

Posted: 17 Jun 2011 11:03 AM PDT

Dunia

KAPAL yang  terdampar di Kesennuma  akibat dibawa  tsunami yang melanda     wilayah Miyagi, timur laut Jepun   sejak  tiga bulan lalu.

KAPAL yang terdampar di Kesennuma akibat dibawa tsunami yang melanda wilayah Miyagi, timur laut Jepun sejak tiga bulan lalu.

KESENNUMA (Jepun): Usaha bermula untuk menghantar lebih sedozen kapal yang terdampar dekat kediaman penduduk di bandar Kesennuma selepas dihanyutkan tsunami Jepun pada Mac lalu dengan kipas dan bahagian perutnya jelas dilihat, kembali berlabuh di laut.

Tugas yang sukar dan kos yang tinggi untuk memindahkan kapal terbabit selain sisa peninggalan tsunami itu menjadikan ia terdampar di Kesennuma lebih tiga bulan.

Beberapa pemilik cuba berunding harga kos dengan syarikat logistik untuk memindahkan kapal terbabit dalam satu perjanjian membabitkan syarikat insurans yang bersetuju melindunginya. Masalahnya, selepas bersetuju meletakkan caj secara berkumpulan, harga penghantaran setiap kapal ke laut melebih AS$1 juta (RM3 juta).

Tetapi, meletakkan semula kapal terbabit kembali beraksi adalah satu tugas penting untuk memulakan industri perikanan Kesennuma selain memulihkan ekonomi serta keyakinan komuniti.

"Ini adalah sebuah bandar perikanan, jadi jika kapal boleh bergerak dan mula menangkap ikan semula, kami harap ia akan memulihkan keadaan di sini," kata Keiko Onodera, 67. – AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Presiden Yaman tak akan pulang

Posted: 17 Jun 2011 11:03 AM PDT

Dunia

Sanaa terus dakwa Ali Abdullah Saleh semakin sihat dan bakal kembali

RIYADH: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, yang kini dirawat akibat cedera terkena serpihan bom di sini, tidak akan kembali ke negara asalnya, kata seorang pegawai atasan Arab Saudi semalam, bercanggah dengan dakwaan Sanaa beliau akan kembali tidak lama lagi.

"Presiden Yaman itu tidak akan kembali ke Yaman. Belum diputuskan di mana beliau akan tinggal," kata pegawai itu lagi, jelas memberi bayangan bahawa Saleh mungkin akan meninggalkan Arab Saudi ke negara lain. Pegawai itu tidak menyatakan secara khusus sama ada keputusan untuk tidak kembali ke tanah airnya diambil oleh Saleh sendiri.

Pemimpin veteran itu diterbangkan ke sini 4 Jun lalu menaiki pesawat perubatan Arab Saudi, sehari selepas beliau cedera dalam satu letupan bom di dalam masjid dalam perkarangan kediaman presidennya di Sanaa dan tidak muncul di khalayak ramai sejak itu.

Laporan berhubung keadaan kesihatan Saleh agak samar-samar, namun Raja Bahrain, Hamad dilaporkan menelefonnya kelmarin, dua hari selepas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, berbual dengannya menerusi telefon.

Sejak ketiadaan Saleh, timbalannya, Abdrabuh Mansur Hadi ditekan hebat pihak tempatan dan antarabangsa supaya mendengar tuntutan penunjuk perasaan menubuhkan majlis pemerintahan sementara, langkah yang akan menghalang Saleh berkuasa semula.
Rabu lalu, Hadi bertemu wakil belia yang menuntut penggulingan Saleh sejak Januari lalu. Mereka mendesaknya memberi pendirian jelas berhubung tuntutan mereka dan memberinya tempoh dua minggu untuk memberi jawapan.

Pertemuan itu diikuti rundingan antara Hadi dan pembangkang Parlimen apabila mereka bersetuju menenangkan keadaan sebagai langkah pertama ke arah memulihkan proses politik.

Washington mengalu-alukan rundingan Hadi dengan pembangkang Saleh, yang menjadi sekutu utama Amerika Syarikat dalam perang ke atas al-Qaeda.

"Kami gembira dengan perkembangan bahawa Hadi sudah memulakan dialog dengan pembangkang dan mengadakan beberapa rundingan," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Victoria Nuland.

"Seperti anda tahu, kami percaya tiada masa perlu dibazirkan untuk bergerak ke arah masa depan demokratik yang berhak dinikmati Yaman."

Isnin lalu, penunjuk perasaan memberi Hadi tempoh 24 jam untuk mengisytiharkan pendiriannya berhubung gesaan mereka supaya beliau menyertai majlis dicadangkan bagi mengetuai negara itu secara maksimum sembilan bulan. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan