Jumaat, 10 Jun 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Wabak E.coli kini di 12 negara

Posted: 03 Jun 2011 04:40 PM PDT

Dunia

pix_gal0
Bakteria mampu berjangkit antara manusia dianggap paling berbahaya

GENEVA: Wabak E.coli kini dikesan di 12 negara dan semakin berbahaya kerana boleh berjangkit antara manusia.

Pendedahan itu dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas bakteria itu dikesan di Amerika Syarikat, Republik Czech, Perancis, Jerman, Austria, Denmark, Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Switzerland dan Britain. Lebih 1,700 kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia sejak kes pertama dilaporkan di Jerman dengan 18 maut setakat ini.

WHO menyatakan, bakteria penyebar wabak itu adalah baru dan lebih mudah berjangkit selain tahan antibiotik dan mempunyai tempoh inkubasi selama lapan hari yang bermakna jangkitan belum sampai kemuncaknya.

Pakar masih tidak pasti sumber jangkitan meskipun menolak teori awal bahawa ia daripada timun Sepanyol. Kebimbangan meningkat hingga Russia mengharamkan import semua sayur-sayuran Eropah.

Sementara itu, saintis yang menyiasat jangkitan mendapati bakteria itu membawa toksin biasa yang beracun dan boleh melekat pada usus pesakit.
Mereka mengakui E.coli jenis terbaru ini paling beracun terhadap manusia. Kebanyakan Escherichia coli, atau bakteria E.coli, tidak berbahaya.

Bakteria yang menyebabkan penduduk Eropah jatuh sakit dikenali sebagai 0104:H4, yang menghasilkan toksin Shiga atau STEC.

Antara petanda jangkitan ialah cirit birit dan muntah. Dalam kes memudaratkan, ia menyebabkan sindrom uremik hemolitik (HUS) iaitu serangan terhadap buah pinggang hingga menyebabkan koma, sawan dan angin ahmar.

"Jerman kini melaporkan 470 kes HUS. Ini amat luar biasa," kata Dr Robert Tauxe, pakar penyakit bawaan makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

CDC bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan Jerman dalam kes itu sejak lewat minggu lalu. – Reuters/Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aktres Jepun lebih popular daripada Mao

Posted: 03 Jun 2011 04:38 PM PDT

Dunia

Sora Aoi

Sora Aoi

BEIJING: Aktres Jepun, Sora Aoi mencatat sejarah sebagai selebriti filem lucah paling popular di China selepas 41 juta orang mencarinya di Google, angka yang melebihi carian untuk bekas pemimpin negara itu, Mao Zedong mahupun ahli sukan terkenal, Yao Ming serta Confucius.

Ia dianggap mengejutkan kerana majoriti daripada filem lakonannya diharamkan di Beijing meskipun orang yang pakar dalam komputer boleh mengelak tapisan pihak berkuasa China menggunakan pelayan proksi.

Sora bukan hanya dianggap fenomena 'hangat' di China tetapi semakin popular selepas digelar 'pelacur' oleh seorang selebriti internet negara itu, baru-baru ini. Aktres itu membalas gelaran itu dengan berkata: "Saya tanggalkan pakaian di depan kamera untuk mencari pendapatan tetapi ada yang berpakaian di depan kamera kerana kepentingan peribadi dan muslihat semata-mata."

Tinjauan di internet mendapati Sora mendapat sokongan majoriti, lebih-lebih lagi selepas membintangi filem berjudul Sora Aoi Becomes a Prostitute baru-baru ini.

Seorang pelayar web berkata: "Sora Aoi seorang bidadari kerana menanggalkan pakaiannya."

Malah, dalam satu pendedahan menggemparkan, sebuah balai polis di timur laut China membuka akaun web yang hanya semata-mata bertujuan mengikuti perkembangan Sora.
"Semua laman web berita yang terkenal menyiarkan laporan mengenainya. Kami tidak perlu pergi jauh untuk mengikuti perkembangannya," kata seorang warga China. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan