Berita Harian: Dunia |
Penduduk Palestin serbu sempadan Gaza Posted: 28 May 2011 01:09 PM PDT Dunia PENDUDUK Palestin memenuhkan lori dengan beg sebelum menyeberang sempadan Gaza, semalam. RAFAH: Beratus-ratus penduduk Palestin menyeberangi Gaza ke Mesir di sini semalam, mengambil kesempatan pembukaan semula pintu sempadan itu selepas tidak dibuka secara bebas hampir empat tahun. Pembukaan pintu sempadan Rafah itu adalah hasil perjanjian damai di antara kumpulan Hamas dan Fatah bulan lalu yang diusahakan oleh Kaherah. Bagaimanapun, lelaki di antara usia 18 dan 40 tahun dikenakan syarat visa untuk memasuki Mesir dari Gaza.Pintu sempadan dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Jumaat. Antara yang pertama menyeberangi sempadan semalam adalah dua ambulans yang membawa pesakit untuk mendapat rawatan di Mesir, di samping beberapa bas mini yang membawa penumpang. Menteri luar Mesir, Nabil al-Arabi, mengumumkan April lalu pintu sempadan Rafah akan dibuka secara tetap bagi membantu mengurangkan sekatan yang dikenakan Israel terhadap Gaza.
Kemasukan ke Mesir dari wilayah itu kebanyakannya dihadkan kepada mereka yang memerlukan rawatan dan pelajar. "Ia keputusan berani dan bertanggung jawab selari dengan pendapat awam Palestin dan Mesir. "Kami berharap ia adalah langkah pertama untuk menghapuskan sekatan terhadap Gaza," kata jurucakap kumpulan itu, Fawzi Barhum dalam satu kenyataan.
"Sekatan yang dikenakan Tel Aviv terhadap semenanjung Gaza harus ditarik balik.
Israel memberi amaran bahawa pembukaan Rafah membolehkan kemasukan senjata dan militan ke Gaza. "Ia adalah satu perkembangan bahaya yang membolehkan senjata dan anggota al-Qaeda memasuki Gaza," kata Timbalan Perdana Menteri, Silvan Shalom. Bagaimanapun jurucakap Kementerian Luar Mesir, Menha Bakhoum, berkata pembukaan pintu sempadan Rafah adalah keputusan yang boleh dibuat Kaherah tanpa merujuk mana-mana negara lain. – AFP/Agensi
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Isteri pertama Gaddafi kutuk serangan bunuh anak lelaki Posted: 28 May 2011 01:08 PM PDT Dunia WASHINGTON: Isteri pertama Muammar Gaddafi, Sofia, mengutuk serangan udara yang membunuh anak lelakinya dan menuduh NATO melakukan jenayah perang di atas serangan terhadap regim Libya."Saya tidak ada di sana. Tetapi saya berharap saya ada di sana supaya boleh mati bersamanya. "Anak saya tidak pernah tinggal solat malam. Kami dibedil setiap hari dan serangan bermula ketika solat maghrib. Empat roket dalam satu rumah," kata Sofia kepada CNN menerusi temubual dalam telefon, ketika merujuk kematian anak lelakinya, Seif al Arab berikutan serangan udara NATO. Pasukan antarabangsa yang menyerang pasukan Gaddafi di bawah persetujuan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi orang awam, mencari alasan untuk menyasar Gaddafi."Apa yang beliau sudah lakukan untuk melayakkan beliau dilayan sebegini," katanya. Ditanya sama ada beliau turut menjadi sasaran, wanita itu menjawab: "Anak saya adalah orang awam dan mereka turut menjadi sasaran. Apa kaitan mereka dengan semua ini?" NATO katanya, melakukan jenayah antarabangsa di negara utara Afrika.
"Apa lagi yang saya inginkan dalam kehidupan kini. Apa yang saya mahukan ialah kebenaran terbukti. Dengan kuasa Allah, kita semua akan berjaya. Kami akan hidup atau mati bersama rakyat Libya," katanya yang meratapi kematian anak lelakinya. Keraguan timbul sejak beberapa hari lalu mengenai kesahihan laporan kematian Seif al Arab, anak bongsu lelaki Gaddafi. Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, Rabu lalu berkata gabungan antarabangsa tiada maklumat mengenai kematiannya dan laporan daripada jurucakap kerajaan Libya ia adalah propaganda. Regim Libya mendakwa pada 1 Mei serangan NATO membunuh anak bongsu lelaki Gaddafi dan tiga cucunya. – AFP.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan