Selasa, 31 Mei 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


China naikkan tarif elektrik

Posted:

China naikkan tarif elektrik

China naikkan tarif elektrik

BEIJING 31 Mei - China menaikkan tarif elektrik bagi kegunaan industri di sesetengah wilayahnya, ketika negara ini terus bergelut dengan kekurangan bekalan tenaga berpunca daripada lonjakan permintaan dan kemarau buruk.

Tarif elektrik bagi kilang dinaikkan sebanyak 20 yuan (RM9.30) bagi setiap 1,000 kilowatt-jam, lapor agensi berita Xinhua semalam, dengan memetik kenyataan badan perancang ekonomi tertinggi China, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara.

Laporan itu tidak menyebut wilayah yang akan mengalami kenaikan bagi tarif baru itu.

Kos elektrik bagi kegunaan kediaman tidak berubah, lapor Xinhua.

Premis perniagaan di kawasan pantai dan beberapa wilayah pedalaman mengalami masalah bekalan elektrik sejak Mac lalu disebabkan permintaan yang melonjak dan penurunan pengeluaran hidroelektrik, menurut laporan media sebelum ini.

Kemarau yang melanda bahagian tengah China selama beberapa bulan menyebabkan berjuta-juta penduduk tidak mendapat bekalan air minum mencukupi di samping menjejaskan pengeluaran stesen hidroelektrik, sumber tenaga kedua terbesar di China selepas arang batu.

Kerajaan pada April lalu menaikkan tarif elektrik bagi syarikat utiliti di 16 wilayah dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangan para pengeluar tenaga apabila kos arang batu melonjak, lapor media.

Walaupun pihak berkuasa sehingga kini belum menaikkan tarif bagi kediaman, penduduk bimbang ia mungkin dilaksanakan kemudian ke atas pengguna domestik dan menyebabkan kadar inflasi terus bertambah.

Kerajaan yang sentiasa menyedari kenaikan kadar inflasi boleh mencetuskan kekacauan sosial telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal kenaikan harga, termasuk mengharamkan eksport diesel bagi membendung kos bahan bakar. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Presiden Afghanistan larang NATO lancar serangan udara

Posted:

Presiden Afghanistan larang NATO lancar serangan udara

Presiden Afghanistan larang NATO lancar serangan udara


Seorang penduduk Afghanistan memangku mayat dua kanak-kanak yang maut dalam satu serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di wilayah Helmand, kelmarin. Serangan itu mengorbankan 12 kanak-kanak dan dua wanita. - Reuters


KABUL 31 Mei - Presiden Afghanistan, Hamid Karzai hari ini tidak lagi membenarkan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan melancarkan serangan udara ke atas pemberontak selepas jumlah orang awam yang terkorban akibat serangan itu semakin meningkat.

Beliau berkata, rakyat Afghanistan tidak lagi boleh bersabar dengan serangan udara NATO.

''NATO perlu belajar, serangan udara ke atas rumah-rumah rakyat Afghanistan tidak dibenarkan," ujarnya.

Karzai berang selepas serangan udara NATO ke atas sebuah bangunan di selatan Helmand kelmarin menyebabkan 12 orang awam terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak.

Kematian orang awam akibat serangan udara tentera asing ke atas kediaman penduduk di Afghanistan ketika memburu pemberontak, telah lama menjadi punca utama perbalahan antara Karzai dan sekutu Baratnya.

Karzai memberi amaran bahawa rakyat Afghanistan sudah tidak boleh lagi menerima taktik tersebut yang beliau sifatkan melanggar kedaulatan negara ini.

"Jika mereka tidak menghentikan serangan udara ke atas kediaman penduduk Afghanistan, kehadiran tentera NATO di negara ini akan dianggap sebagai tentera penjajah.

''Komuniti antarabangsa telah banyak membantu kami tetapi mereka tidak boleh membahayakan nyawa rakyat Afghanistan, ia tidak dapat diterima,'' katanya. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan