Selasa, 31 Mei 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Penentang Gaddafi lancar TV satelit

Posted: 31 May 2011 03:18 PM PDT

Dunia

ZUMA bersemuka dengan Gaddafi ketika berunding di Tripoli, semalam.

ZUMA bersemuka dengan Gaddafi ketika berunding di Tripoli, semalam.

Pemimpin Libya berikrar tidak akan lari ke luar negara elak serangan udara NATO

BENGHAZI: Pemberontak Libya melancarkan stesen televisyen satelit sendiri pertama bagi melawan jentera media Muammar Gaddafi yang melabel mereka sebagai pengganas bagi memperkukuh sokongan ketika jet tempur Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terus mengebom Tripoli.

Stesen itu diberi nama Libya Alhurra (Libya Bebas) dan mula menyiarkan rancangan malam kelmarin dalam usaha mendapatkan sokongan awam sejak krisis meletus dengan sumber maklumat sebelum ini dikuasai stesen radio dan televisyen Gaddafi.

Bagaimanapun, Gaddafi terus berdegil meskipun pesawat NATO terus mengebom Tripoli dan memberitahu Presiden Afrika Selatan, Jacon Zuma bahawa beliau tidak mahu meninggalkan tanah air ketika mencari penyelesaian politik negaranya. Pendirian Gaddafi itu disuarakan oleh Zuma yang berunding dengan pemimpin Libya berkenaan semalam yang turut menggesa NATO memberhentikan serangan udaranya.
"Beliau menegaskan keengganan keluar dari negaranya, meskipun menghadapi kesulitan," menurut kenyataan Zuma.

Sementara itu, beribu-ribu penduduk Libya di kota Benghazi berhimpun di sebuah medan di bandar itu bagi menonton program pertama televisyen berkenaan, kali pertama dalam tempoh 40 tahun media tempatan menghadapi saingan.

"Ini adalah kebebasan. Saya harap langkah ini menunjukkan sikap sebenar penduduk Libya untuk tinggal di negara merdeka dan bebas," kata pengasas bersama stesen itu, Zuhair Albarasi di medan itu, Saluran itu diwujudkan oleh Zuhair dengan bantuan ahli perniagaan Libya. Mohammed al-Nabbous yang terbunuh 19 Mac lalu.
Di ROME, seorang jeneral Libya, Salah Giuma Yahmed, berkata beberapa kejadian belot termasuk oleh pegawai kanan kerajaan bermakna pasukan keselamatan semakin sukar untuk terus menyokong pemerintah.

"Tentera NATO melumpuhkan tentera pro-Gaddafi tetapi kekuatan mereka menghadapi masalah berkurangan 20 peratus dari segi keupayaan di medan perang," katanya kepada wartawan.

Mustafa Abdul Jalil yang mengetuai kerajaan sementara pimpinan pemberontak, menyambut baik gesaan kuasa besar dunia G8 supaya Gaddafi meletak jawatan.
Pemimpin pembangkang yang menggelar diri mereka sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan mengumumkan nama baru tentera iaitu Tentera Pembebasan Kebangsaan yang mula menyiarkan rancangannya selama empat jam mulai Isnin lalu dari kubu kuat di Benghazi. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

151 calon Thai dijaga 24 jam

Posted: 31 May 2011 03:17 PM PDT

Dunia

Kempen di Thailand dikhuatiri ganas

BANGKOK: Seramai 151 calon pilihan raya umum Thailand mendapatkan perlindungan polis 24 jam berikutan kebimbangan kempen pilihan raya yang sengit mungkin menyebabkan keganasan baru berlaku di negara itu.

Ketua Polis Thailand, Pongsapat Pongcharoean berkata pihaknya sudah mengarahkan dua pegawai polis mengawal setiap calon parti memerintah dan pembangkang sepanjang masa hingga pilihan raya 3 Julai.

Pilihan raya kali ini adalah yang pertama sejak Thailand digegarkan dengan keganasan politik paling buruk tahun lalu, apabila lebih 90 orang terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan anggota polis bersenjata. Minggu lalu polis berkata, pihaknya sedang memburu 75 pembunuh profesional 'paling dikehendaki' di Thailand dan menawarkan wang tunai 100,000 baht (RM10,000) dalam usaha meningkatkan kawalan keselamatan menjelang pilihan raya.

Seorang anggota politik pembangkang ditembak mati awal April dipercayai serangan bermotif politik.

Pilihan raya Julai ini dijangka menyaksikan persaingan sengit antara Parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva dengan sekutu bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan dalam rampasan kuasa 2006.

Adik Thaksin, Yingluck Shinawatra adalah calon utama pembangkang dari parti Puea Thai untuk jawatan perdana menteri.
Di SYDNEY, Thaksin menafikan mahu memimpin Thailand sekali lagi dan bertegas bahawa Yingluck bukan bonekanya.

Dalam satu temuramah televisyen dari rumah mewahnya di Dubai, Thaksin memberitahu rancangan Lateline Perbadanan Penyiaran Australia, beliau yakin parti Puea Thai akan memenangi pilihan raya Julai depan. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan