Selasa, 31 Mei 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Baena mahu saman Schwarzenegger

Posted: 30 May 2011 09:13 AM PDT

 ROGELIO Baena.
ROGELIO Baena.

BOGOTA: Bekas suami kepada kekasih bintang Hollywood, Arnold Schwarzenegger memberitahu majalah Colombia, semalam bahawa dia merancang menyaman bekas gabenor terbabit kerana memalsukan sijil kelahiran anak luar nikah mereka.

Rogelio Baena dari Colombia mengahwini Mildred Patricia Baena, pembantu rumah kepada bintang Hollywood yang menjadi gabenor itu dan isterinya Maria Shriver.


Baena hanya mengetahui anaknya yang berusia 13 tahun itu adalah anak luar nikah Schwarzenegger dengan bekas isterinya, baru-baru ini.

Namun, nama Baena tercatat sebagai bapa pada sijil kelahiran remaja itu dan pendakwa raya memberitahunya sekiranya Schwarzenegger dan Midred tahu hal itu tidak benar, mereka bersubahat memalsukan dokumen awam - satu jenayah serius di California.


Baena berpisah dengan Mildred selepas 10 tahun berkahwin pada Oktober 1997, hanya beberapa minggu selepas remaja itu dilahirkan. Bagaimanapun, pasangan itu tidak memfailkan perceraian mereka hingga Februari 2008, menurut media hiburan AS.


Mildred, kini berusia 50 tahun bekerja di kediaman Schwarzenegger dan Maria selama 20 tahun. Pasangan selebriti itu mempunyai empat anak berusia antara 14 hingga 21 tahun dan anak bongsu mereka dilaporkan lahir hanya beberapa hari sebelum anak luar nikah Schwarzenegger dan Mildred dilahirkan. Schwarzenegger, 63, mengumumkan perpisahannya dengan Maria selepas 25 tahun perkahwinan pada 10 Mei lalu dan kemudian mendedahkan perpisahan mereka terjadi selepas dia memberitahu Maria tentang anak luar nikahnya yang selama ini dirahsiakannya.

Schwarzenegger menangguhkan rancangannya untuk kembali berlakon filem bagi menguruskan krisis keluarga yang tercetus ekoran pengakuannya itu. Dia memberitahu ejennya bahawa projek barunya termasuk filem 'The Terminator' dihentikan hingga notis berikutnya dikeluarkan, sementara dia menangani ledakan media yang berlaku empat bulan selepas meninggalkan karier politiknya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pitt ingin kahwin Angelina untuk gembirakan anak

Posted: 30 May 2011 09:09 AM PDT

HOLLYWOOD: Pelakon Brad Pitt, berkata dia mungkin mengahwini pasangannya Angelina Jolie - bagi menggembirakan anak mereka.

Pasangan pelakon yang termasuk dalam senarai A itu - yang bahagia bersama sejak 2005 - sebelum ini berkata mereka tidak akan berkahwin sehingga perkahwinan golongan gay diiktiraf secara sah di seluruh Amerika Syarikat. Namun, Pitt, 47 mengaku: "Anak-anak bertanya tentang perkahwinan. Ia amat bermakna kepada mereka, jadi kami perlu memikirkan tentangnya." Pitt dan Angelina, 35, mengambil Maddox, 9, Pax, 7, dan Zahara, 6 sebagai anak angkat, di samping mempunyai anak sendiri iaitu Shiloh, 5, dan kembar Knox serta Vivienne, dua tahun. Pelakon itu memberitahu satu majalah AS, kehidupannya 'kelam-kabut mulai waktu pagi hinggalah lampu ditutup pada waktu malam'.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan