Rabu, 18 Mei 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Kabinet Singapura dirombak

Posted:

Kabinet Singapura dirombak

Kabinet Singapura dirombak

SINGAPURA 18 Mei - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, hari ini mengumumkan rombakan besar-besaran Kabinet selepas Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah menerima tamparan hebat pada pilihan raya pada 7 Mei lalu sejak republik ini mencapai kemerdekaan.

Dua bekas Perdana Menteri iaitu bapa Hsien Loong, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong turut digugurkan daripada Kabinet baru, setelah kedua-dua tokoh veteran itu mengumumkan persaraan mereka pada Sabtu lalu untuk memberi laluan kepada barisan pemimpin lebih muda.

Turut bersara daripada Kabinet ialah Timbalan Perdana Menteri, Wong Kan Seng, Menteri Pembangunan Negara, Mah Bow Tan dan Menteri Pengangkutan, Raymond Lim.

Lim Hng Kiang kekal sebagai Menteri Perdagangan dan Industri.

Keseluruhannya, 11 daripada 14 Kementerian Singapura akan diterajui menteri baru, menurut kerajaan dalam satu kenyataan.

Menteri Kewangan, Tharman Shanmugaratnam dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, di samping mengekalkan portfolio kewangannya.

Tharman, antara tokoh politik paling berprofil tinggi di Singapura, buat masa ini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Mata Wang dan Kewangan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Menteri Luar, George Yeo yang kehilangan kerusinya dalam pilihan raya, digantikan oleh Menteri Kehakiman, K. Shanmugam, 52, yang akan memegang kedua-dua portfolio.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian, Yaacob Ibrahim ialah satu-satunya Menteri Melayu dalam Kabinet baru, setelah Menteri Kanan Negara bagi Hal-Ehwal Luar, Zainul Abidin Rasheed kehilangan kerusi dalam pilihan raya lepas.

Pada pilihan raya Parlimen 7 Mei lalu, peratusan undi yang diterima PAP merosot ke paras terendah dalam sejarah iaitu sebanyak 60 peratus, dipercayai mencerminkan kemarahan meluas rakyat dengan dasar-dasar dan prestasi kerajaan, meskipun Singapura mencapai kemajuan ekonomi yang pesat.

Hanya sistem pengundian secara berkelompok menghalang pembangkang memenangi lebih daripada enam kerusi pada pilihan raya itu.

PAP yang memerintah Singapura sejak merdeka mendapat 67 peratus undi pada pilihan raya 2006 dan 75 peratus pada 2001. - AFP/Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lawatan bersejarah Ratu Elizabeth ke Ireland dicemari bantahan

Posted:

Lawatan bersejarah Ratu Elizabeth ke Ireland dicemari bantahan

Lawatan bersejarah Ratu Elizabeth ke Ireland dicemari bantahan


PENUNJUK perasaan yang membantah lawatan Ratu Elizabeth bertempur dengan polis di Dublin, kelmarin. – REUTERS


DUBLIN 18 Mei – Beratus-ratus penunjuk perasaan republikan Republik Ireland mengadakan demonstrasi membantah lawatan Ratu Elizabeth II ke negara ini hari ini.

Penunjuk perasaan bertindak membakar bendera Britain dan Ireland Utara sambil mengibarkan sepanduk yang memaparkan perkataan 'lancarkan peluru berpandu ke arah polis dan musnahkan sekatan supaya mereka berundur'.

"Membiarkan Ratu Britain berdiri di negara ini, sementara enam lagi wilayah kita masih dijajah oleh tentera mereka adalah satu penghinaan," kata seorang penunjuk perasaan, Joe, 43.

Polis dilaporkan menahan 21 penunjuk perasaan yang bertindak liar.

Ratu Elizabeth hari ini meletakkan kalungan bunga bagi memperingati mangsa-mangsa yang berjuang menuntut kemerdekaan Ireland daripada Britain, lawatan monarki Britain pertama ke negara ini dalam tempoh sekurun.

Ratu Elizabeth, 80, memulakan lawatan bersejarah empat hari dengan dikelilingi oleh operasi keselamatan tentera terbesar negara ini ekoran penemuan bom berhampiran Dublin.

Dengan memakai pakaian berwarna putih, beliau kelihatan berdiri sambil bertafakur bersama Presiden Ireland, Mary McAleese ketika majlis meletakkan kalungan bunga di Garden of Remembrance, Dublin.

Beliau adalah pemerintah Britain pertama yang melawat Ireland sejak negara ini memperolehi kemerdekaan daripada Britain pada 1992.

"Lawatan ini disifatkan menjadi tanda kepada titik perubahan kepada hubungan kerjasama rapat antara kedua-dua negara berdaulat," kata Menteri Luar Ireland, Eamon Gilmore kepada wartawan.

Kawalan keselamatan ketat di Dublin diadakan ekoran peningkatan keganasan baru-baru ini di Ireland Utara yang disyaki dilakukan oleh penentang republikan yang mahukan wilayah itu bersatu dengan negara ini.

Menurut pegawai, pasukan tentera Ireland dari unit penghapus bom memusnahkan satu 'peralatan letupan' di sebuah bas di Maynooth, luar Dublin tengah malam tadi selepas mendapat maklumat daripada pemanggil yang enggan dikenal pasti.

Kira-kira 30 penumpang dilaporkan dipindahkan dari bas yang menuju ke ibu negara ini dari selatan Ireland selepas bom ditemui di tempat penyimpanan barang.

Sekurang-kurangnya 10,000 tentera keselamatan ditempatkan dengan kos dianggarkan melibatkan 30 juta euro (RM127 juta). – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan