Rabu, 27 April 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Thai, Kemboja kembali bertempur

Posted:

Thai, Kemboja kembali bertempur

Thai, Kemboja kembali bertempur


TENTERA Thai mengerahkan kereta kebal ke sempadan negara itu dengan Kemboja di provinsi Surin, semalam, yang menunjukkan tiada tanda ketegangan antara kedua-dua negara akan dikendurkan. – REUTERS


PHNOM PENH 27 April – Tentera Thailand dan Kemboja berbalas-balas tembakan meriam berat buat hari keenam berturut-turut hari ini berdekatan dua kuil Hindu abad ke-12 di sempadan kedua-dua negara.

Pertempuran itu meletus semula selepas seorang penduduk kampung Thai terbunuh dalam bedilan meriam malam tadi.

Rundingan yang dijadualkan antara menteri-menteri pertahanan Thai dan Kemboja bagi menamatkan pertikaian sempadan paling berdarah di Asia Tenggara itu dibatalkan secara mengejut.

Pembatalan itu menghancurkan harapan untuk menghentikan segera pertempuran yang telah meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa dan memaksa lebih 50,000 penduduk berlindung di pusat pemindahan.

Menteri Pertahanan Thai, Prawit Wongsuwon dijangka menemui rakan sejawatannya dari Kemboja, Tea Banh di sini tetapi beliau sebaliknya berlepas ke China untuk mesyuarat yang sudah dijadualkan sebelum ini.

"Kami menyambut baik rundingan tetapi hanya jika Kemboja menghentikan tembakan terlebih dahulu," kata jurucakap tentera Thai, Sansern Kaewkamnerd.

Perdana Menteri Thai, Abhisit Vejjajiva menyuarakan nada lebih lembut dengan berkata, rundingan antara kedua-dua menteri pertahanan cuma telah 'dijadualkan semula'.

Thailand mahu pertikaian sempadan itu diselesaikan secara dua hala, tetapi Kemboja menuntut campur tangan antarabangsa serta pemantau bebas ditempatkan di kawasan yang dipertikaikan, seperti dipersetujui oleh Menteri-Menteri Luar ASEAN di Jakarta pada Februari lepas.

"Kedua-dua negara nampaknya menuntut jenis rundingan berbeza, dengan Kemboja mahu mengadakan rundingan gencatan senjata yang disifatkan oleh Thailand sebagai sia-sia," kata pakar keselamatan di Universiti Chulalongkorn di Bangkok, Surachart Bumrungsuk.

Perselisihan pendapat itu menjadi ujian besar bagi ASEAN dan mungkin juga memalukan Indonesia selaku Pengerusi ASEAN sekarang.

Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa pada Februari lalu dengan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merundingkan perjanjian gencatan senjata yang melibatkan penempatan pemerhati tentera Indonesia di kawasan sempadan, tetapi perjanjian itu tidak dilaksanakan ekoran bantahan tentera Thai.

– Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kuan Yew menang

Posted:

Kuan Yew menang

Kuan Yew menang

SINGAPURA 27 April - Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew hari ini dipilih semula ke Parlimen apabila beliau diisytiharkan menang tanpa bertanding sekali gus mempertahankan kawasan Tanjong Pagar yang diwakilinya selama 56 tahun.

Kuan Yew, 87, dan empat lagi calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) diumumkan menang tanpa bertanding selepas pembangkang gagal mengemukakan kertas pencalonan dalam tempoh yang ditetapkan.

Menteri Mentor itu menyifatkan, kemenangannya tanpa bertanding itu menunjukkan parti pembangkang tiada kesungguhan untuk merebut Tanjong Pagar yang diwakilinya sejak 1955.

"Saya sebenarnya mengalu-alukan pertandingan di Tanjong Pagar kerana saya telah berkhidmat di sini selama 56 tahun," katanya kepada penyokongnya.

Penggal terbaru beliau dalam Kabinet Singapura akan tamat lima tahun dari sekarang pada usia 92 tahun.

Pilihan raya umum ke-14 Singapura yang akan diadakan pada 7 Mei ini juga menyaksikan pertembungan PAP dengan parti-parti pembangkang di 82 daripada 87 kerusi yang dipertandingkan.

Menurut Jabatan Pilihan Raya Singapura, jumlah itu merupakan yang terbesar pernah disertai parti pembangkang sejak kemerdekaan Singapura pada 1965.

Jabatan itu melaporkan, PAP akan dicabar parti pembangkang di 26 daripada 27 kawasan pilihan raya.

Pada pilihan raya umum 2006, parti pembangkang hanya bertanding di 47 daripada 84 kerusi yang menyaksikan PAP menang besar apabila memperoleh 82 kerusi. - AP/Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan