Harian Metro: Global |
Posted: 26 Apr 2011 10:05 AM PDT LONDON: Ratu Elizabeth dikatakan kerap meminjamkan atau menghadiahkan pengantin diraja mahkota pada hari perkahwinan mereka. Kini, pemerhati perkahwinan diraja menjangka Elizabeth akan meminjamkan satu daripada mahkota miliknya untuk dipakai Kate Middleton pada hari perkahwinannya dengan William. Hari perkahwinan bakal puteri itu mendapat perhatian ramai sehinggakan segelintir orang berminat membuat pertaruhan di seluruh United Kingdom mengenai isu berkenaan.
"Cuaca di selatan Britain dijangka mendung dengan hujan turun sekejap-sekejap Jumaat ini," kata jurucakap Pejabat Meteorologi.
|
Artis Jepun seronok ukir wajah pada pisang Posted: 26 Apr 2011 10:03 AM PDT TOKYO: Hasil ukiran pelik pada pisang ini yang memaparkan wajah Elvis Prestley dan Davey Jones daripada filem Pirates of The Caribbean - dihasilkan dengan pencungkil gigi dan sudu. Setiap ukiran dibuat selama setengah jam oleh artis Jepun, Keisuke Yamada sebelum pisang itu mula membusuk.
"Ukiran pertama adalah wajah seseorang yang tersenyum. Saya terkejut apabila ramai menyukainya, jadi saya mula membuat lebih banyak," katanya. "Mereka mula memberi idea dan memberi saya insipirasi. Sebelum saya mula mengukir, saya berfikir panjang mengenai apa yang mahu diukir.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan