Rabu, 27 April 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Liz Taylor ada anak luar nikah

Posted: 27 Apr 2011 02:08 PM PDT

Dunia

LONDON: Mendiang Elizabeth Taylor dilapor melahirkan bayi perempuan yang dikenali sebagai Norah, hasil hubungan sulit dengan kekasih yang namanya dirahsiakan dan menyerahkan anak itu kepada seseorang, dakwa seorang doktor mendedahkan rahsia aktres berkenaan.

John Cohan mendakwa bahawa legenda filem Hollywood itu adalah salah seorang pesakit beliau sejak 1960-an lagi.

"Dia memberitahu bahawa rahsia berkenaan perlu disimpan sehingga selepas kematiannya. "Beliau mendedahkan satu rahsia yang menghantuinya selama beberapa tahun," katanya kepada The Daily Mail yang memetik doktor terbabit dan dipetik akhbar New York Post.

"Liz mempunyai seorang anak hasil hubungan luar nikah. Pihak studio dan ibunya memberikan Norah kepada orang lain. Wang bertukar tangan. Bayi itu tinggal di Ireland dan marah dengan tindakan ibunya itu. Dia juga tidak mahu lagi dikaitkan dengan Elizabeth," katanya.

Beliau berkata Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Liz mengaku pernah tidur dengan tiga orang lelaki, tidak pasti siapa bapa kepada anak berkenaan.

"Liz menyesali perbuatannya dan sentiasa menceritakan perkara ini kepada saya.
"Dia meminta saya menyimpan rahsia ini sehingga dia meninggal dunia," katanya.

Taylor yang meninggal dunia Mac lalu ketika berusia 79 tahun terkenal kerana perkahwinan beliau sebanyak tujuh kali dan mempunyai empat orang anak. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan