Kosmo Online - Dunia |
Posted: Tentera Gaddafi bedil MisrataSEBUAH kereta kebal milik tentera Muammar Gaddafi musnah di bandar Misrata, Libya kelmarin. MISRATA, Libya - Bunyi letupan kuat dan bedilan senjata api menggegarkan bandar ini semalam ketika tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terus bertempur dengan pemberontak bagi menguasai lapangan terbang di sini, kata seorang wartawan agensi berita AFP. Pertempuran tersebut berlaku selepas tentera Gaddafi semalaman membedil roket dan peluru mortar ke bandar ini yang terletak 215 kilometer ke timur ibu kota Libya, Tripoli. Tentera Gaddafi dipaksa berundur dari sini selepas tentera pemberontak dan jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan serangan pada Isnin lepas. Namun, tentera pemimpin Libya itu masih berada dalam kedudukan untuk melancarkan bedilan roket ke bandar ini. Sebelum ini pihak pemberontak memberitahu telah menawan pelabuhan di sini dan matlamat seterusnya adalah untuk menawan lapangan terbang yang masih dikuasai tentera Gaddafi. "Menyerang merupakan satu bentuk pertahanan yang terbaik," kata seorang komander tentera pemberontak di sini, Ibrahim Bet-Almal. "Gaddafi menghantar bantuan kepada anggota-anggota tenteranya di sini pada setiap hari," tambah komander berkenaan. Pergolakan di Libya berlaku sejak 15 Februari lalu ekoran perasaan tidak puas hati sejumlah rakyat yang menentang kepimpinan Gaddafi. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Bintang realiti cedera nahas
LOS ANGELES, California – Bintang program realiti LA Ink, Ruth Pineda dimasukkan ke hospital minggu lalu selepas wanita tersebut terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang serius, lapor sebuah akhbar semalam. Program realiti televisyen itu memaparkan peristiwa yang berlaku di sebuah kedai melukis tatu di sini. Bintang realiti berusia 26 tahun itu dalam perjalanan untuk satu temu janji apabila sebuah trak besar merempuh sisi kereta Mercedes E300 hitam yang dipandunya. Ruth dihantar ke sebuah hospital berdekatan dengan menaiki sebuah ambulans dan dia diberikan rawatan selama 12 jam kelmarin. Menceritakan kemalangan ngeri itu melalui laman web sosial Twitter dari katil hospital, dia berkata: "Orang seperti itu teruk apabila mereka melanggar lampu isyarat dan merempuh kereta saya !!!". Selepas dibenarkan keluar dari hospital, Ruth menulis di laman Facebooknya untuk memberitahu para peminat bahawa dia berada dalam keadaan baik. Dia turut menunjukkan gambar-gambar keretanya yang terlibat dalam kemalangan itu kepada para peminatnya. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Superman lepaskan kerakyatan AS Posted: Superman lepaskan kerakyatan AS
NEW YORK - Watak adiwira yang mempunyai kuasa luar biasa, Superman mengumumkan dia berhasrat untuk melepaskan kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS). Adiwira itu mebuat kenyataan tersebut dalam edisi baharu Action Comics No. 900 dengan menyatakan dia sudah bosan dengan tindakannya yang ditafsirkan sebagai alat AS. Dalam cerita komik adiwira tersebut, Superman yang berhijrah ke Bumi semasa zaman kanak-kanak dari Krypton dan dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga di Smallville, Kansas itu menyatakan adalah lebih baik untuk berkhidmat kepada masyarakat Bumi. Dalam satu kenyataan kepada akhbar New York Post, penerbit bersama DC Comics yang mengeluarkan komik Superman, Jim Lee dan Dan Didio berkata, walaupun adiwira itu kini bercirikan global, watak berkenaan akan tetap mempunyai gaya hidup AS. "Superman merupakan seorang pelawat dari sebuah planet yang jauh yang sekian lama menerapkan nilai-nilai Amerika. Sebagai satu watak dan ikon, dia menerapkan gaya terbaik Amerika," kata kenyataan tersebut. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan