Sabtu, 30 April 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Aktres Bollywood nafi aksi berbogel

Posted: 30 Apr 2011 03:17 PM PDT

Dunia

Preeti Desai

Preeti Desai

Preeti Desai dakwa gambar dalam internet palsu

MUMBAI: Ruang internet dibanjiri banyak gambar lucah aktres Bollywood terkenal termasuk Aishwarya Rai, Katrina Kaif, Preity Zinta dan Mallika Sherawat, sekadar menyebut beberapa nama.

Beberapa bulan lalu, gambar palsu Sonakshi Sinha dan Vidya Balan disiarkan secara online melalui halaman hiasan Maxim. Kini, sasarannya adalah aktres Shor in the City, Preeti Desai, yang dikatakan berpacaran dengan aktor Dev D, Abhay Deol.

Akhir-akhir ini, banyak gambar Preeti Desai dalam aksi yang cukup berahi dengan pelbagai gaya didedahkan secara online. Bagaimanapun, aktres itu dengan tegas menafikan laporan terbabit dan mendakwa dia tidak pernah bergambar dengan pakaian seperti itu.

Walaupun gambar memaparkan Preeti dalam pelbagai gaya boleh dilihat di internet, model itu mendakwa gambar terbabit sengaja direka.

Sambil menegaskan pendirian beliau, Preeti memberitahu Mid-Day: "Terlalu banyak sampah di internet. Saya tidak fikir orang akan percaya semua yang mereka baca atau lihat! Saya tidak akan membuang masa dengan memberi ulasan terhadap benda bodoh seperti ini!"

Walaupun kecewa selepas melihat gambar bogel dirinya, beliau kelihatan lebih berminat bercakap mengenai Shor in The City yang akan diterbitkan tidak lama lagi.
Mengenai peranannya, Preeti berkata: "Saya memainkan watak Shalmili di samping karakter Abhay (Sendhil) oleh Sendil Ramamurthy yang melalui perkara buruk selepas berpindah semula ke bandar."

Preeti Desai dari Middlesbrough, England pernah dinobatkan sebagai ratu cantik di Britain pada 2006. Beliau adalah wanita pertama bukan berkulit putih memenangi pertandingan itu.

Dia juga pernah muncul dalam kalender Kingfisher Swimsuit pada 2008 dan kemudian diundang sebagai Duta Formula 1 jelajah dunia yang diketuai Vijay Mallya pada 2008.

Sejak itu dia mula mendapat kepercayaan pereka terkenal dan muncul dalam beberapa iklan termasuk Cadbury plc, LG Corp, Hero Honda, Citibank dan Nokia.

Filem Bollywood Shor in the City dibintangi Tusshar Kapoor, Sendhil Ramamurthy, Nikhil Dwivedi, Pitobash Tripathi, Sundeep Kishan, Girija Oak, Radhika Apte dan Amit Mistry, bakal menemui peminat pada 29 April depan. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengarah tak tahan panas baran Shweta

Posted: 30 Apr 2011 03:17 PM PDT

Dunia

CHENNAI: Satu perkara yang sentiasa tidak henti-henti dikaitkan dengan aktres televisyen Shweta Tiwari ialah sikapnya yang suka mengamuk.

Kini beliau terpaksa hidup dengan imej itu di Bollywood. Pelakon itu menyebabkan kesedihan mendalam kepada pengarah Bin Bulaye Baarati, Chandrakant Singh, yang menyebabkan beliau meninggalkan set penggambaran.

Sukar untuk produser dan krew memujuk pengarah itu untuk kembali. Antara senarai dakwaan terhadap aktres itu termasuk kelewatan Shweta tiba di set sehingga lebih tiga jam. Pereka baju turut menghadapi masa yang 'mengerikan' apabila beliau menolak pakaian yang direka untuknya dan meminta melihat pakaian baru sepanjang masa. Seperti bintang Bollywood bertaraf A, dia mahu memilih sendiri pakaian dan kasut.

Malah, dia turut mahukan perubahan ukuran pakaian pada peringkat akhir dan menolak pakaian yang diberikan dengan alasan tidak sesuai.

Apa yang pengarah dan anggota krew tidak dapat tahan ialah mengapa teman lelakinya, Abhinav Kohli sentiasa berada di set.

Lelaki itu sentiasa berada sehingga masa berkemas dan anggota krew berkata disebabkan kekasihnya itu penggambaran terpaksa tertangguh.
Pasangan itu mengunci diri mereka dalam van bermadu kasih selama dua jam dan anggota krew terlalu takut memanggilnya. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan