Kosmo Online - Dunia |
- NATO sangsi gencatan senjata di Libya
- Menteri arah siasat skandal seks tentera
- Buku autobiografi karya Hitler dilelong
NATO sangsi gencatan senjata di Libya Posted: NATO sangsi gencatan senjata di LibyaSEORANG askar pemberontak menjerit kepada rakannya untuk memberi amaran tentang serangan artileri tentera Gaddafi di sebuah gurun dekat bandar Ajdabiyah semalam. BRUSSELS - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) semalam menyatakan bahawa ia maklum tentang cadangan gencatan senjata di Libya oleh Kesatuan Afrika (AU) tetapi masih belum menerima permintaan rasmi mengenainya dan akan terus menyerang tentera Muammar Gaddafi selagi mereka mengancam keselamatan penduduk negara Afrika Utara itu. Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma terdahulu menggesa NATO supaya menghentikan serangan udara bagi memberikan peluang kepada gencatan senjata selepas Gaddafi menerima usul pelan damai AU untuk menamatkan konflik di Libya, termasuk gencatan senjata serta-merta. Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen berkata, beliau sedia maklum tentang usul gencatan senjata AU tersebut tetapi memberitahu, satu sidang media di sini: "Kami belum menerima permintaan rasmi berhubung pelaksanaan sebarang gencatan senjata." Rasmussen berkata, rejim Gaddafi pernah mengumumkan beberapa gencatan senjata sebelum ini, tetapi mereka tidak menunaikan janji tersebut. Menurutnya, sebarang gencatan senjata memerlukan mekanisme pemantauan yang efektif. "Gaddafi perlu menamatkan keganasan sepenuhnya serta menghentikan semua serangan dan pencabulan terhadap orang awam," katanya. Sementara itu, pakatan tersebut menyatakan ia melancarkan 154 serangan di Libya sejak kelmarin dengan memusnahkan sebanyak 49 buah kereta kebal, sembilan kereta perisai dan empat gudang simpanan peluru. Jelasnya, sebahagian besar serangan dilancarkan berhampiran bandar Misrata dan Ajdabiyah. "Saya amat bimbang dengan keadaan penduduk Misrata dan Ajdabiyah yang menjadi mangsa keganasan rejim Gaddafi," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Menteri arah siasat skandal seks tentera Posted: Menteri arah siasat skandal seks tentera
SYDNEY - Seorang pegawai pemerintah sebuah akademi tentera elit di Australia diarah bercuti semalam, manakala cara layanan terhadap kakitangan wanita di akademi berkenaan akan disemak semula selepas skandal seks melibatkan seorang kadet wanita terbongkar. Menteri Pertahanan Australia, Stephen Smith mengumumkan beberapa inkuiri akan dilakukan berhubung kes seorang pelatih lelaki merakam dirinya berasmara dengan pelatih perempuan Akademi Pasukan Tentera Pertahanan Australia dan menyiarkan klip video seks itu kepada rakan-rakannya. Menurut Smith, pegawai pemerintah tersebut, Bruce Kafer diminta bercuti untuk satu tempoh yang belum ditetapkan sehingga siasatan kes selesai. Smith sebelum ini mengkritik cara Kafer melayani aduan pelatih perempuan terbabit. Menteri berkenaan turut mengarahkan pesuruhjaya diskriminasi seks agensi hak asasi manusia Australia, Elizabeth Broderick menyemak semula layanan terhadap wanita di akademi yang terletak di Canberra itu. "Ini adalah langkah penting ke arah penilaian semula terhadap budaya dan perubahan berterusan bagi program Pertahanan," katanya. Siasatan dibuat berikutan pendedahan klip video di akademi itu disiarkan menerusi panggilan video kepada enam rakan pelatih lelaki terbabit tanpa pengetahuan mangsa. Menceritakan kejadian itu kepada media, mangsa menyatakan dia berasa terseksa selepas mengetahui aksi seksnya ditonton oleh orang lain. Pendedahan itu membawa kepada banyak aduan baru berhubung salah laku seks dalam komuniti tentera tersebut yang berlaku sejak beberapa dekad lalu. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Buku autobiografi karya Hitler dilelong Posted: Buku autobiografi karya Hitler dilelongMEIN KAMPF ditulis oleh Hitler ketika dipenjarakandi Landsberg, Jerman. BRUSSELS - Sebuah buku autobiografi edisi terhad, Mein Kampf yang ditulis dan ditandatangan oleh bekas pemimpin Jerman, Adolf Hitler dijangka dilelong pada harga mencecah AS$49,026 (RM148,132), lapor sebuah akhbar semalam. Buku edisi pertama tersebut menggabungkan elemen autobiografi dan ideologi politik diktator Nazi itu. Mein Kampf ditulis ketika Hitler berada dalam tahanan di Landsberg, Jerman pada 1925 dijangka dilelong pada akhir bulan ini. Hanya satu buku Mein Kampf dikeluarkan dengan tandatangan Hitler bersama huruf-huruf emas di setiap judul muka suratnya. Ia merupakan salah sebuah buku daripada 20 naskhah edisi terhad. Jumlah keseluruhan buku sama yang diterbitkan cuma 500 naskhah. Seorang penganalisa, Richard Westwood Brookes dari lelongan Mullocks memberitahu, buku itu menjadi naskhah buku yang paling jarang ditemui. "Ia merupakan buku edisi terhad Mein Kampf yang sukar diperoleh. Hitler menurunkan tandatangannya, sekali gus membuatkan Mein Kampf sangat berbeza dalam edisi pertamanya. "Naskhah edisi pertama pada tahun 1925 itu tertera tahun 1925 di atas buku tersebut," jelasnya yang menyamakan penerbitan Mein Kampf seperti buku Harry Porter yang dihasilkan dalam edisi pertama sebanyak 500 salinan. Buku Mein Kampf yang bertarikh sambutan Krismas tahun 1925 itu didedikasikan kepada Hermann Esser yang merupakan salah seorang pengasas parti Nazi dan turut dipenjarakan di Munich Beer Hall Putsch pada 1923. Pemerintah Jerman itu dianggap penjenayah paling kejam sepanjang zaman kerana memulakan Perang Dunia Kedua dan menyebabkan kematian berjuta-juta orang terutama golongan Yahudi. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan