Berita Harian: Dunia |
Bencana di Fukushima, Chernobyl sama teruk Posted: 12 Apr 2011 01:16 PM PDT Dunia SEORANG lelaki diperiksa tahap pencemaran radioaktif di Koriyama, Fukushima, semalam. TOKYO: Jepun menetapkan krisis loji nuklearnya setanding dengan bencana atom paling teruk sebelum ini di Chernobyl, Ukraine, pada 1986, selepas menaikkan tahap serius daripada 5 kepada 7 dan satu lagi gempa bumi 6.3 skala Richter di timur Tokyo awal semalam tidak membantu keadaan. Pada tahap 5, masalah loji Fukushima sama dengan insiden Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979 manakala tahap 7 membabitkan pelepasan radiasi besar-besaran dengan kesan meluas terhadap kesihatan dan alam sekitar. Tahap 5 adalah pelepasan terhad bahan radioaktif dengan beberapa kematian, menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).Belum ada kematian disebabkan radiasi dilaporkan sejak gempa bumi disusuli tsunami melanda Jepun sebulan lalu menyebabkan loji nuklear Fukushima rosak dan melepaskan bahan radioaktif manakala 21 pekerjanya jatuh sakit. Selepas bahan radioaktif dilaporkan sampai di Amerika dan Eropah, Kementerian Sains Jepun menyatakan, bahan strontium, antara unsur radiasi paling bahaya, dikesan dalam kadar kecil dalam tanah dekat loji Fukushima. Majlis Keselamatan Nuklear Jepun (NSC) dan Agensi Keselamatan Industri dan Nuklear (NISA) menemui unsur radioaktif iodin-131 dan cesium-137 . Angka itu melebihi tahap 7. Menurut Skala Insiden Radioaktif, skala itu membabitkan berpuluh ribu terabecquerel iodin-131. Satu terabecquerel sama dengan satu trilion becquerel, satu ukuran radiasi. Di Chernobyl, 5.2 juta terabecquerel radioaktif dilepaskan, 10 kali ganda dibandingkan Fukushima tetapi seorang pegawai mengakui loji nuklear Jepun akan mengatasi catatan itu jika pelepasan radiasi gagal dikawal. Suruhanjaya nuklear negara itu juga mengeluarkan satu kiraan awal jumlah terkumpul pendedahan luaran kepada radiasi, mengatakan ia melebihi had setahun 1 milisievert di kawasan meliputi lebih 60 kilometer ke barat laut loji itu dan kira-kira 40 kilometer ke selatan-barat daya, lapor agensi berita Kyodo. TEPCO sudah mengepam 10,400 tan air radioaktif paras rendah ke laut untuk mengosongkan kapasiti simpanan untuk air amat tercemar dari reaktor. Dalam satu tindakan terdesak untuk menyejukkan batang bahan api amat radioaktif, TEPCO sudah mengepam air ke dalam reaktor, sesetengahnya yang mengalami peleburan sebahagian. Namun strategi itu menghalang tindakan memulihkan sistem penyejukan dalaman loji ketika jurutera perlu memfokuskan bagaimana menyimpan 60,000 tan air tercemar. Jurutera turut mengepam nitrogen ke dalam reaktor untuk membalas peningkatan hidrogen dan menghalang satu lagi letupan yang menyebabkan lebih banyak radiasi terbebas ke udara, namun mereka berkata risiko satu lagi insiden dramatik berkurangan dengan ketara sejak gempa 9.0 skala Richter melanda 11 Mac lalu. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
12 maut letupan di stesen kereta api Belarus Posted: 12 Apr 2011 01:13 PM PDT Dunia MINSK: Satu letupan di sebuah stesen kereta api metro di ibu kota Belarus ketika waktu puncak petang kelmarin mengorbankan 12 orang yang dianggap Presiden Alexander Lukashenko cubaan untuk memecah belahkan negara itu oleh pihak asing.Letupan itu berlaku di atas landasan kira-kira jam 6 petang di stesen metro Oktyabrskaya, satu daripada persimpangan kereta api bawah tanah paling sibuk bandar ini, kira-kira 100 meter dari ibu pejabat utama presiden. Saksi berkata, letupan berlaku dekat sekumpulan penumpang yang menunggu kereta api berhenti. Seramai 149 orang cedera. "Ada darah di merata-rata tempat, percikan dan kolam darah. Saya melihat ketulan daging manusia. Ia ngeri sekali," kata seorang lelaki 47 tahun dikenali sebagai Viktor.Pihak berkuasa sudah menahan beberapa orang berkaitan kejadian itu, kata timbalan pendakwa raya Andrei Shved namun beliau tidak mengatakan jika mereka adalah suspek, lapor agensi berita tempatan Belta. "Beberapa orang ditahan dan mereka sedang disoal siasat," kata jurucakap pendakwa raya, Pyotr Kiselev. Bekas negara Soviet dengan 10 juta penduduk itu memantau rakyatnya dengan ketat dan meskipun letupan itu ada persamaan dengan serangan di Russia, tiada gerakan militan Islam di negara itu selain sejarah keganasan politik.
"Kita perlu mencari siapa yang mahu melemahkan keamanan dan kestabilan dalam negara, siapa yang menjadi dalang di sebalik insiden ini," katanya dalam ucapan disiarkan televisyen. Lukashenko, yang tidak bersetuju dengan kerajaan Barat berhubung satu tindakan keras polis dalam bantahan ke atas pemilihan semulanya Disember lalu, berkata: "Saya tidak menolak letupan ini adalah satu hadiah dari luar." Lukashenko, dalam kenyataannya, merujuk kepada kejadian Julai 2008, apabila sebutir bom tangan mencederakan kira-kira 50 orang dalam satu konsert terbuka yang dihadirinya. Jenayah itu tidak pernah diselesaikan. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan