Harian Metro: Global |
Posted: 16 Apr 2011 10:29 AM PDT LONDON: Britain mempertimbangkan cadangan meminda peraturan pelantikan pemerintah diraja negara itu kerana menganggapnya mempunyai unsur diskriminasi. Melalui pindaan itu - jika diluluskan - anak sulung pasangan Putera William dan Kate Middleton berhak menaiki takhta tanpa mengambil kira jantinanya.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Britain, Nick Clegg, berkata dia masih meneliti cadangan itu bagi membolehkan seorang puteri mendapat hak setanding dengan putera diraja.
Sistem monarki Britain mengetuai 16 negara Komanwel dan sebarang pertukaran perlembagaan mengenai pewaris takhta perlu mendapat sokongan daripada kerajaan terbabit.
"Pindaan undang-undang pewarisan takhta Britain adalah isu kompleks dan perlu dilakukan dengan teliti," katanya.
|
Nenek parah kena rogol, dibakar kerana enggan layan kekasih Posted: 16 Apr 2011 10:27 AM PDT JAKARTA: Seorang nenek parah selepas dia dirogol dan dibelasah kekasihnya kerana enggan melayan kemahuan seksnya, awal pagi semalam. Mangsa yang berusia 51 tahun turut mendakwa kemaluannya dibakar lelaki terbabit.
Media melaporkan, lelaki terbabit pergi ke rumah mangsa di Jatinegara, Jakarta Timur, dalam keadaan mabuk dan minta kemahuan seksnya dilayan.
"Dia memperkosa saya di ruang tamu sebelum mengambil mancis dan membakar alat sulit saya," katanya. - Detik Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan