Ahad, 17 April 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Amerika Syarikat cari tempat buang Gaddafi

Posted: 17 Apr 2011 12:56 PM PDT

Dunia

Muammar Gaddafi

Muammar Gaddafi

Negara rantau Afrika berkemungkinan jadi lokasi pilihan

WASHINGTON: Amerika Syarikat sedang mencari negara sesuai untuk menjadi tempat pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, tinggal dalam buangan, lapor akhbar New York Times (NYT).

Hanya ada beberapa negara berpotensi melindungi Gaddafi selepas didakwa membunuh terhadap rakyat sendiri ketika memprotes pemerintahannya baru-baru ini selain isu pengeboman Pan Am 103 pada 1988 selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengemukakan tuduhan jenayah ke atasnya. Atas sebab itu, tiga pegawai bagi pentadbiran Presiden Barack Obama memberitahu akhbar, mereka menimbang untuk mencari sebuah negara yang tidak menandatangani atau mengesahkan Fasal Rome yang menetapkan sesebuah negara menyerahkan sesiapa yang didakwa bagi perbicaraan ICC.

Pendekatan berkenaan menimbulkan kemungkinan bahawa Gaddafi tinggal dalam buangan di sebuah negara lain di Afrika.

Amerika juga tidak menandatangani fasal itu kerana bimbang bahawa pegawai tentera dan risikannya boleh didakwa.

"Kami belajar dari Iraq. Tanggungjawab menggantikan rejim pemerintah terletak di tangan rakyat Libya, bukan kami," kata seorang pegawai pentadbiran kanan Obama kepada NYT.
"Apa yang cuba dilakukan kami dengan mudah ialah mencari cara aman untuk jalan keluar, jika ada."

Laporan itu dikeluarkan beberapa minggu selepas pengeboman sekutu NATO dan tekanan terhadap kedua-dua tentera dan pembantu Gaddafi gagal untuk menyingkirkan pemimpin yang memerintah Libya selama 32 tahun.

Amerika menyokong Britain dan Perancis dalam operasi hampir sebulan menentang Gaddafi, melancarkan amaran bahawa beliau boleh membunuh penduduk awam dan pejuang yang menentang beliau.

Tetapi, Washington menentang desakan diketuai Perancis untuk membekalkan lebih banyak pesawat, dengan menyifatkan ia akan memainkan peranan terhad di tengah komitmen Amerika di Afghanistan dan pembabitan tentera di Iraq.

Amerika dan negara lain menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk awam di Libya, terutama di bandaraya ketiga negara itu, Misrata yang diisytiharkan zon bahaya. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

35 jadi korban puting beliung

Posted: 17 Apr 2011 12:56 PM PDT

Dunia

SEBUAH kenderaan bersandar pada sebatang pokok tumbang selepas puting beliung melanda Tushka, Oklahoma, kelmarin.

SEBUAH kenderaan bersandar pada sebatang pokok tumbang selepas puting beliung melanda Tushka, Oklahoma, kelmarin.

RALEIGH: Sekurang-kurang 35 maut di enam negeri di Amerika Syarikat selepas puting beliung dan ribut melanda sejak empat hari lalu yang turut memusnahkan kediaman, perniagaan dan kenderaan di wilayah Carolina dan Virginia.

Gabenor Carolina Utara, Beverly Perdue mengesahkan kematian di empat negeri tetapi masih belum tahu jumlah sebenar manakala stesen televisyen ABC melaporkan 141 puting beliung sudah melanda kali ini.

Terdahulu di Raleigh, lebih seorang terbunuh manakala penyelamat cuba mencari mangsa yang terperangkap di dalam bangunan. Di Gloucester, tiga terbunuh dan lebih 60 lagi cedera apabila puting beliung ranapkan kawasan pantai sementara pegawai rasmi mengumumkan banjir kilat berdekatan Waynesboro menyebabkan seorang terbunuh, manakala dua lagi hilang.

Perdue berkata, 62 puting beliung besar melanda kawasan itu sejak Mac 1894 apabila sistem pengesan ribut mengesan 22 puting beliung di Carolina Utara dan Selatan menyebabkan 57 maut dan mencederakan ratusan lain.

Serangan puting beliung terbesar melanda Amerika adalah pada 3 hingga 4 April 1974 apabila 307 orang terbunuh selepas 148 puting beliung 'menyerang' 13 negeri.

Mekanik di kedai tayar di Raleigh, Utara Carolina, berkata beliau berlindung dalam traknya semasa ribut melanda manakala rakan sekerjanya berhimpit dalam bilik penyimpanan.
"Ia ribut menggerunkan. Bumbung bergegar dan terus diterbangkan," kata Bryan Jackson. – Reuters/AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan