Khamis, 14 April 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kate kecilkan cincin Diana

Posted: 13 Apr 2011 09:48 AM PDT

LONDON: Disebabkan badannya susut melampau, Kate Middleton terpaksa meminta tukang emas diraja menambah beberapa manik pada cincin pertunangannya bagi mengelak ia terjatuh dari jarinya.

Cincin bernilai RM157.6 juta itu pernah dipakai ibu Putera William, Puteri Diana.


Kate, 29, mempamerkan cincin berkenaan pada jari tirusnya ketika melakukan lawatan rasmi terakhir kelmarin sebelum disahkan menjadi isteri William akhir bulan ini.

Menurut sumber, Kate mahu cincin berkenaan diubah suai sedikit kerana bimbang ia menggelongsor ketika berkahwin nanti.


Kata sumber itu, Kate agak keberatan menerima cincin itu kerana dilihat terlalu besar untuk jarinya.


"Justeru, Kate meminta tukang emas diraja, G Collins and Sons, menambah dua manik kecil platinum di bahagian dalam cincin berkenaan," katanya.

Hasil ubah suai itu, katanya, cincin berkenaan kini lebih kemas dipakai Kate.


Kata sumber itu, cincin berkenaan memang menarik perhatian Kate dan pengubahsuaian berkenaan dibuat semata-mata kerana bakal puteri itu enggan menimbulkan kekecohan nanti.

"Kebimbangan paling besar Kate nanti adalah melihat cincin pertunangannya jatuh dalam majlis perkahwinan dengan bakal raja England," katanya.


Cincin itu bernilai tinggi kerana nilai sejarahnya yang pernah dipakai Diana ketika dia bertunang dengan Putera Charles.


Ia dihadiahkan William, 28, kepada Kate bagi memastikan Diana menjadi 'sebahagian' daripada majlis penuh bersejarah pada 29 April nanti. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isteri Douglas tuntut duit filem

Posted: 13 Apr 2011 09:45 AM PDT

NEW YORK: Perbalahan di antara Michael Douglas dengan bekas isterinya dalam pembahagian bayaran filem Wall Street: Money Never Sleeps terus buntu ketika ia dibicarakan di mahkamah, semalam.

Diandra Douglas menuntut separuh daripada bayaran diterima pemenang anugerah Oscar itu hasil lakonan dalam filem terbitan 2010.


Menurut peguam Diandra, kes itu perlu dibicarakan di California, bukan New York.

Pasangan itu bercerai di California pada 2000 selepas 23 tahun bersama.


Douglas tidak hadir di mahkamah ketika peguam masing-masing berbalas hujah.


Peguam Douglas pula berkata, Diandra sepatutnya malu menuntut wang berkenaan selepas menerima lebih RM154.3 juta daripada bekas suaminya sebelum ini. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan