Khamis, 31 Mac 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Menteri Luar letak jawatan

Posted:

Menteri Luar letak jawatan

Menteri Luar letak jawatan


TENTERA pemberontak lari menyelamatkan diri semasa dibedil oleh tentera setia kepada Muammar Gaddafi dekat Brega di timur Libya, semalam. – REUTERS


LONDON 31 Mac – Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menerima satu lagi tamparan apabila Menteri Luar, Mussa Kussa tiba di Britain lalu memberitahu pegawai-pegawai di sini bahawa beliau meletakkan jawatan dan tidak mahu lagi mewakili rejim di Tripoli.

Kussa tiba di Lapangan Terbang Farnborough, barat London, semalam.

"Beliau datang ke sini dengan kerelaan sendiri dan memberitahu kami, beliau meletakkan jawatan," menurut satu kenyataan Jabatan Luar Britain.

Kenyataan itu menggambarkan Kussa sebagai seorang tokoh paling kanan dalam kerajaan Gaddafi dan berperanan mewakili rejim di peringkat antarabangsa, sesuatu yang beliau tidak lagi sanggup melakukannya.

"Kami menggalakkan mereka yang berada di sisi Gaddafi supaya meninggalkannya dan menerima masa depan lebih baik untuk Libya bagi membolehkan peralihan politik dan pembaharuan sebenar yang memenuhi aspirasi rakyat Libya," menurut kenyataan itu.

Kussa, 59, tiba di London dari Tunisia, di mana beliau tinggal selama dua hari setelah memasuki negara jiran itu mengikut pintu sempadan Ras Jdir.

Tripoli dalam kenyataan rasmi menggambarkan lawatannya ke Tunisia sebagai 'lawatan peribadi'.

Kemudian apabila beliau dilaporkan dalam perjalanan ke London, pihak berkuasa Libya berkata, beliau menjalankan 'misi diplomatik'.

Peletakan jawatan Kussa adalah tamparan terbaru kepada rejim Gaddafi, selepas beberapa anggota kanannya termasuk menteri dan pegawai kanan tentera berpaling tadah sejak pemberontakan menentang pemerintahannya bermula lebih sebulan lalu.

Selaku Menteri Luar sejak Mac 2009, Kussa memainkan peranan penting dalam usaha Libya untuk menggilap reputasinya di peringkat antarabangsa sebelum berlaku krisis sekarang, termasuk dengan meyakinkan Gaddafi supaya membubarkan program nuklear Libya.

Sementara itu di Brussels, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengetuai semua operasi di Libya mulai 0600 GMT hari ini (2 petang waktu Malaysia), dengan mengambil alih peranan itu daripada tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan serangan udara ke atas tentera Muammar Gaddafi sejak 19 Mac lalu.

Pakatan 28 negara itu mengambil alih kuasa pemerintahan ke atas operasi udara antarabangsa di Libya, kata Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan awam Myanmar dicurigai

Posted:

Kerajaan awam Myanmar dicurigai

Kerajaan awam Myanmar dicurigai

YANGON 31 Mac - Penjenamaan semula yang cuba dilakukan oleh Myanmar dengan membentuk sebuah kerajaan yang pada namanya awam disambut dengan sangsi di dalam dan luar negara hari ini.

Pengkritik bimbang junta tentera yang berkuasa sebelum ini akan terus memainkan peranan utama di sebalik tabir.

Akhbar-akhbar habis dijual di Yangon hari ini, sehari selepas bekas Jeneral Thein Sein mengangkat sumpah sebagai Presiden dan junta yang digeruni dibubarkan setelah hampir 50 tahun memerintah.

Namun tidak ramai yang melahirkan rasa optimis meskipun orde baru itu menarik perhatian rakyat.

Pengurus syarikat, Konaing berkata, Parlimen baru yang dikuasai oleh pegawai kanan tentera dan tidak disertai oleh pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi menjadi 'isu panas' di kalangan orang ramai.

"Rakyat tidak fikir perubahan akan berlaku di negara ini kerana para jeneral cuma 'menukar uniform'. Kami tidak menaruh harapan tinggi," katanya.

Penyerahan kuasa daripada junta tentera kepada kerajaan awam semalam berlangsung ekoran pilihan raya pertama di Myanmar dalam tempoh 20 tahun, pada November lalu.

Pilihan raya itu dicap oleh pengkritik sebagai sandiwara untuk membolehkan junta tentera terus memerintah di sebalik kerajaan awam, selain tercemar disebabkan dakwaan penipuan dan ketiadaan Suu Kyi serta partinya Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD). - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan