Khamis, 31 Mac 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Britain akan bekal senjata kepada pemberontak

Posted:

Britain akan bekal senjata kepada pemberontak

Britain akan bekal senjata kepada pemberontak


PEJUANG pemberontak bergegas menaiki trak ketika berundur dari serangan meriam tentera Gaddafi di antara bandar Ajdabiyah dan Brega.


LONDON - Perdana Menteri Britain, David Cameron semalam tidak menolak rancangan untuk melengkapkan pihak pemberontak yang memerangi tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dengan senjata.

"Britain tidak menolaknya, tetapi kami juga belum memutuskan untuk melaksanakan rancangan itu," kata Cameron kepada Parlimen Britain ketika disoal tentang dasar Britain mengenai isu tersebut di sebalik sekatan senjata yang dikenakan ke atas Libya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Cameron, resolusi PBB, termasuk penguatkuasaan zon larangan terbang dan sekatan senjata ke atas Libya, tidak membabitkan operasi membekalkan senjata kepada pemberontak yang memerangi rejim Gaddafi.

"Peraturan PBB jelas, sekatan senjata itu melibatkan semua wilayah Libya," kata Cameron

"Namun, pada masa yang sama, Resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSCR) 1973 membenarkan semua bentuk tindakan bagi melindungi orang awam dan kawasan penduduk awam. Kami berpendapat, bantuan senjata perlu untuk membantu mereka (pemberontak) melindungi orang awam Libya dalam situasi sekarang," tambahnya.

Pendirian Cameron itu senada dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang menimbang untuk membekalkan senjata kepada pemberontak Libya.

Setakat ini, Perancis turut menyokong rancangan itu tetapi ia ditentang oleh Rusia.

Sementara itu, pihak pemberontak Libya terus berundur semalam apabila mereka dibedil meriam tentera Gaddafi, sekali gus menunjukkan bahawa mereka lemah tanpa serangan udara Barat.

Pengunduran mendadak itu berlaku dua hari selepas tentera pemberontak mara di sepanjang jalan raya pesisir pantai barat Libya untuk memburu tentera Gaddafi.

Tentera pemimpin Libya berusia 68 tahun itu berundur dari bandar Ajdabiyah selepas deretan kereta kebal dan artileri mereka musnah dalam serangan udara Barat selama lima hari.

Mereka kemudian menyerang hendap konvoi pemberontak di luar bandar pemimpin itu, Sirte manakala bandar Nawfaliyah, Bin Jawad dan Ras Lanuf turut jatuh dalam serangan balas tentera Gaddafi.

"Kami hanya memiliki raifal dan mesingan. Kami tidak berdaya menentang meriam serta trak pelancar roket Gaddafi," kata seorang pejuang pemberontak. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Clooney, Ronaldo beri keterangan

Posted:

Clooney, Ronaldo beri keterangan

Clooney, Ronaldo beri keterangan

ROME - Pasukan peguam Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi mahu memanggil pelakon terkenal Hollywood, George Clooney dan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes seks pemimpin tersebut pada 6 April depan.

Clooney dan Ronaldo berada dalam senarai 78 orang termasuk Menteri Luar Itali, Franco Frattini serta Menteri Kesaksamaan Peluang Itali, Mara Carfagna yang mahu dipanggil oleh pasukan peguam itu sebagai saksi.

Menurut seorang peguam dari firma guaman Ghedini-Longo, Clooney dan teman wanitanya, Elisabetta Canalis merupakan antara tetamu yang hadir ke parti-parti di vila Belusconi di Arcore. Pendakwa raya mendakwa parti tersebut melibatkan perbuatan seks bebas dan tarian bogel oleh sekumpulan pelacur.

Berlusconi berdepan tuduhan membayar seorang pelacur bawah umur, Karima El Mahroug atau lebih dikenali sebagai Ruby untuk mendapatkan khidmat seks dalam salah satu parti yang dianjurkannya.

"Rasanya agak pelik kerana saya hanya bertemu Berlusconi sekali sahaja. Itu pun kerana ingin mendapatkan dana untuk Darfur," kata Clooney.

Ronaldo pula termasuk dalam senarai saksi kerana Ruby memberitahu hakim bahawa dia pernah mengadakan hubungan seks dengannya selepas berjumpa di sebuah kelab malam di Milan pada Januari 2010. Ronaldo bagaimanapun menafikan dia penah berjumpa atau membayar Ruby sebanyak AS$5,639 (RM17,077) untuk khidmat seksnya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tentera generasi baru Singapura manja

Posted:

Tentera generasi baru Singapura manja

Tentera generasi baru Singapura manja


SEORANG pembaca melihat gambar anggota tentera di negara itu yang mengarah pembantu rumahnya menggalas beg sandang kepunyaannya.


SINGAPURA - Penyebaran sekeping gambar yang menunjukkan seorang pembantu rumah mengangkat beg seorang anggota tentera di negara itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang beranggapan pasukan tentera terlalu dimanjakan, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar yang disiarkan oleh media Singapura dan laman-laman maya pada minggu ini menunjukkan seorang anggota tentera lelaki Singapura berpakaian seragam lengkap dan memakai but berjalan di depan tidak jauh dari pembantu rumah wanitanya.

Sementara pembantu rumah itu yang mengikut di belakang dilihat menggalas beg tersebut di bahu kirinya.

Tindakan tentera itu menerima banyak komen negatif terutama kredibiliti generasi baru Angkatan Tentera Singapura (SAF).

Mereka disifatkan sebagai lembik oleh warga Singapura dan negara lain menerusi laman Twitter dan pelbagai forum di Internet.

"Ini cuma satu insiden. Kesimpulan umum yang dapat saya buat adalah tentera itu secara luarannya nampak sedikit lembut dan dimanjakan," kata penganalisis ketenteraan di Singapura, Bernard Loo dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam.

Kementerian Pertahanan difahamkan sedang menyiasat insiden tersebut. Selain ingin mengesahkan semula keaslian gambar yang mencetus pertikaian umum sejak beberapa hari lalu.

Terdapat kajian yang menunjukkan 22 daripada 23 anggota tentera mendapatkan khidmat pembantu rumah untuk membasuh dan menggosok pakaian seragam masing-masing. Sementara 17 daripada jumlah sama mendapatkan pertolongan pembantu bagi membersihkan bilik. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan