Jumaat, 4 Mac 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Tentera Gaddafi serang dua bandar

Posted: 03 Mar 2011 08:23 AM PST

BREGA: Tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, semalam melancarkan serangan udara menyasarkan Brega, bandar penapisan minyak di timur negara itu dan kedudukan pemberontak di bandar berhampiran, Ajdabiyah.

Kedua-dua bandar berkenaan kini dikuasai kumpulan penentang.


Tentera pemberontak juga berkata, askar Gaddafi terpaksa berundur ke Ras Lanuf, sebuah lagi bandar terminal minyak yang terletak 600 kilometer ke timur Tripoli, sehari selepas serangan mereka terhadap Brega dipatahkan.

"Tentera Gaddafi kini berada di Ras Lanuf," kata sukarelawan pemberontak, Mohammed al-Maghrabi kepada Reuters.


Pemimpin kumpulan berkenaan, Bashir Abdul Gadr berkata: "Tentera Gaddafi berberkumpul di Ras Lanuf. Bilangan mereka ramai. Penyokong kami pula berada di Brega dan al-Ugayla.


"Mereka (tentera Gaddafi) baru saja melancarkan serangan udara terhadap lapangan terbang di Brega dan di Ajdabiyah." Ajdabiyah yang menjadi tempat simpanan senjata sebelum ini, menjadi sasaran serangan udara kelmarin, serentak dengan serangan darat terhadap Brega, sebuah bandar di Mediterranean, 780 kilometer ke timur Tripoli.

Di satu pintu masuk bandar Ajdabiyah, anggota pemberontak yang bersenjatakan pelancar roket, meriam antipesawat dan antikereta kebal bekerja siang malam untuk memperkukuhkan pertahanan mereka bagi menghadapi sebarang serangan baru daripada tentera yang setia dengan Gaddafi.


"Syukur, Alhamdulillah kami mempunyai senjata," kata seorang anggota kumpulan itu, Drees Abdulwahid, 42, sambil tersenyum dan menadah tangannya.

Seorang rakannya pula berkata, dia sudah empat hari menjalani latihan untuk menggunakan senjata antipesawat. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Liga Arab timbang pelan damai Chavez

Posted: 03 Mar 2011 08:21 AM PST

KAHERAH: Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa semalam berkata, pihaknya akan menimbang rancangan damai yang dikemukakan oleh Presiden Venezuela, Hugo Chavez untuk menamatkan krisis di Libya.

Rangkaian televisyen Al Jazeera sebelum ini melaporkan, pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan Amr bersetuju terhadap rancangan Chavez untuk menghantar perwakilan dari beberapa negara ke Libya.


"Tidak,'" kata Amr ketika ditanya wartawan mengenaisama ada dia sudah bersetuju dengan rancangan yang dikemukakan Presiden Venezuela itu.

"Kami dimaklumkan mengenai rancangan Chavez tetapi ia masih dipertimbangkan." "Kami sudah berbincang dengan beberapa pemimpin semalam (kelmarin)," katanya tanpa menyatakan tarikh akhir untuk membuat keputusan mengenai rancangan itu. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan