Berita Harian: Dunia |
Penentang ikrar menang atau mati Posted: 04 Mar 2011 02:53 PM PST Dunia PENENTANG Gaddafi melepaskan tembakan ke udara selepas pengebumian rakan mereka. AL BAYDA: 'Menang atau mati', itulah slogan pemimpin pergerakan penentang pemerintahan Muammar Gaddafi di Libya semalam. "Kami adalah bangsa yang melawan, kami tidak akan mengaku kalah. Kami akan teruskan hingga semua kawasan di negara ini merdeka," kata bekas Menteri Kehakiman, Mustafa Abdel. Mustafa juga berkata: "Libya sudah bebas tetapi Gaddafi mesti letak jawatan," katanya yang disambut tepukan gemuruh. Mereka juga menjerit akan terus ke Tripoli untuk menjatuhkan pemerintah. "Mungkin ada anggota bekas rejim di sini. Musuh masih boleh meletakkan pengintip di kalangan anda. Jangan hirau mereka hingga memusnahkan revolusi kita. Rejim lama sudah tiada lagi. Berhenti musnahkan bangunan yang kini milik kita," kata Abdel Jalil.Mustafa membuat ucapan ringkas itu di tengah bandar Al Bayda yang dikuasai penentang, berhampiran sebuah pejabat keselamatan yang sudah hangus.
Di TRIPOLI, pihak berkuasa Libya menuduh al-Qaeda kelmarin cuba menyeludup 37 juta pil penahan sakit ke dalam negara itu untuk mengubah minda golongan muda supaya menyertai pemberontakan menentang Gaddafi.
Pihak berkuasa Libya menunjukkan wartawan kotak dadah yang dirampas termasuk satu dengan imej ular Raja Tedung. "Sasarannya ialah pengagihan dadah di kalangan golongan muda menerusi penyeludup dadah," kata Abdel Haqim Giniwa, seorang lagi pegawai anti-dadah, kepada sidang media. "Terima kasih kepada kerja keras pasukan keselamatan, kuantiti dadah ini dipintas. Ia mungkin menyebabkan gangguan sosial dan ekonomi." Katanya, dadah itu disembunyikan dalam kontena yang dikenal pasti untuk perabot, peralatan sukan dan jubin. Gaddafi mendakwa, penunjuk perasaan yang menentang pemerintahannya dirasuk oleh al-Qaeda manakala susu dalam minuman Nescafe mereka diletakkan dadah mengkhayalkan. Di VIENNA, Austria melebarkan senarai pembekuan aset semalam untuk memasukkan pegawai atasan di Pihak Berkuasa Pelaburan Libya (LIA) yang mungkin kerana kemungkinan ada kaitan dengan lingkungan dalaman Gaddafi. Tindakan ke atas timbalan ketua LIA, Mustafa Zarti, yang memiliki pasport Austria mengikuti sekatan antarabangsa ke atas keluarga dan sekutu Gaddafi.
Dia juga eksekutif atasan dalam National Oil Corp Libya, ketua kumpulan minyak dan stesen minyak Tamoil, dan timbalan pengerusi First Energy Bank di Bahrain. Zarti, 40, dipanggil untuk disoal oleh pihak berkuasa Vienna kelmarin dan kemudian dibebaskan, penyiar ORF melaporkan, memetik Menteri Dalam Negeri, Maria Fekter sebagai berkata. Austria sudah mengambil langkah membekukan aset dikaitkan dengan kepemimpinan Libya itu, namun Zarti bukan berada dalam senarai asal Bank Nasional Austria didedahkan selepas sekatan diguna pakai Kesatuan Eropah (EU) minggu ini. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Puak Sunnah, Syiah bertempur di Bahrain Posted: 04 Mar 2011 02:52 PM PST Dunia MANAMA: Pasukan polis menyuraikan kumpulan pemuda Sunnah dan Syiah yang bergaduh lewat kelmarin di sebuah bandar di sini, semalam.Insiden meletus di bandar Hamad, selatan Manama, adalah yang terbaru sejak protes anti monarki meledak. Keluarga diraja Sunnah memerintah negara kecil majoriti Syiah itu di rantau Teluk. Akhbar Al-Ayam berkata, satu serangan terhadap seorang gadis yang keluar sekolah menjadi punca pergaduhan.Kedua-dua kumpulan menggunakan kayu untuk bergaduh sebelum disuraikan polis yang menggunakan gas pemedih mata menyebabkan dua cedera. Penduduk berkata, pemuda Sunnah itu berasal dari Syria. Tunjuk perasaan pro dan anti kerajaan berlaku di Bahrain sejak pertengahan Februari lalu tetapi tidak membabitkan pergaduhan kedua-dua pihak. Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataannya memberitahu, anggota polis mengambil masa dua jam untuk mengawal keadaan dibantu oleh ahli politik tempatan dan pegawai kanan yang meminta penduduk bertenang.
Media prokerajaan pula memberitahu bahawa pergaduhan meletus kerana satu kemalangan jalan raya. Dua kumpulan meminta bantuan keluarga masing-masing hingga menyaksikan pergaduhan meletus. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan