Ahad, 6 Februari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Barack Obama hubungi sekutu

Posted:

Barack Obama hubungi sekutu

Barack Obama hubungi sekutu


sebahagian penunjuk perasaan yang masih berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah mengerjakan solat berjemaah, semalam. - AFP


WASHINGTON 6 Feb. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menghubungi beberapa pemimpin asing mengenai kekacauan di Mesir, dipercayai untuk mendapatkan sokongan daripada mereka terhadap usaha diplomatik Washington bagi mewujudkan peralihan kuasa yang segera di Kaherah.

Obama menekankan keperluan supaya 'peralihan kuasa yang teratur berlaku secara aman, mulai sekarang', menurut kenyataan White House semalam, sementara tunjuk perasaan selama 13 hari itu bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

Presiden AS itu berunding dengan Putera Mahkota Mohammed bin Zayed dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Canselor Jerman, Angela Merkel.

Washington juga dilihat tidak menyokong kenyataan bekas Dutanya ke Mesir, Frank Wisner bahawa Mubarak perlu meneruskan perkhidmatannya semasa tempoh peralihan.

Wisner yang menemui Mubarak atas permintaan Obama minggu ini 'bercakap untuk dirinya sendiri dan bukan untuk kerajaan AS', kata seorang pegawai kanan pentadbiran Obama di Washington.

Akhbar New York Times pula melaporkan, pegawai pentadbiran Obama menerusi panggilan telefon dan e-mel dari White House, Jabatan Negara dan Pentagon telah menggesa penubuhan sebuah 'majlis tokoh terkemuka' di Mesir untuk mula merangka pindaan terhadap perlembagaan negara itu.

Mesej-mesej itu juga menggalakkan Naib Presiden Omar Suleiman supaya melancarkan rundingan dengan pelbagai pemimpin pembangkang, termasuk Ikhwan Muslimin, menurut akhbar itu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

6 cubaan bunuh Mubarak

Posted:

6 cubaan bunuh Mubarak

6 cubaan bunuh Mubarak

KAHERAH 6 Feb. - Presiden Mesir, Hosni Mubarak dilaporkan pernah menghadapi enam cubaan membunuh sepanjang pemerintahannya selama 30 tahun dan terselamat dalam kesemua insiden tersebut.

Menurut BBC, antara insiden besar cubaan membunuh Mubarak berlaku pada Jun 1995 melibatkan penggunaan gas beracun ketika beliau berada di Addis Ababa, Ethiopia ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Perpaduan Afrika.

Dalam satu lagi cubaan, beliau dilaporkan mengalami kecederaan apabila seorang penyerang bersenjatakan pisau menyerangnya, ketika beliau sedang melambai tangan kepada orang ramai dari dalam kereta di Port Said, sebelum penyerang itu ditembak mati oleh pengawalnya pada September 1999.

Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman pula menjadi sasaran bunuh pada 29 Januari lalu, tetapi nasib turut menyebelahi Naib Presiden yang dilantik oleh Mubarak itu.

Cubaan membunuh ke atasnya itu berlaku pada hari yang sama Omar yang merupakan bekas ketua perisikan Mesir, dilantik memegang jawatan itu oleh Mubarak, bagi meredakan tunjuk perasaan antikerajaan, yang semakin meruncing di negara ini.

Dalam insiden itu, dua pengawal Suleiman terbunuh, lapor Fox News, semalam.

Sumber kanan keselamatan Mesir bagaimanapun menafikan berlaku insiden cubaan membunuh Suleiman. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan