Ahad, 6 Februari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Mesir beransur pulih

Posted: 06 Feb 2011 02:39 PM PST

Dunia

Kedai, pengangkutan awam beroperasi semula

KAHERAH: Walaupun Yaumal Raahil (hari pemergian) berakhir Jumaat lalu dan Hosni Mubarak masih berada di atas takhta, penunjuk perasaan di dataran Tahrir di sini tidak hampa, malah lebih yakin perjuangan mereka akan berjaya.

Minggu yang baru berlepas menyaksikan mereka berjaya menepis serangan balas penyokong presiden Mubarak, selain melihat keseluruhan anggota majlis tertinggi parti pemerintah dipimpin Mubarak, meletak jawatan termasuk anaknya Gamal yang sebelum ini bercita-cita menggantikan bapanya. Washington yang menjadi sekutu rapat Mubarak kini pula dilihat lebih cenderung mahu naib presiden Omar Suleiman mengetuai proses peralihan kerajaan di negara itu.

Kumpulan pembangkang terbesar Mesir pula, Ikhwanul Muslimin selepas diharamkan sekian lama semalam terbabit dalam dialog politik dengan Omar, bersama-sama kumpulan pembangkang dan penunjuk perasaan yang lain bagi mengakhiri bantahan yang sudah berlarutan dua minggu itu.

Mubarak yang memerintah Mesir sejak hampir 30 tahun lalu selama ini tidak pernah bertolak ansur dengan Ikhwan, malah secara keras menentang kumpulan yang mempunyai banyak pengaruh itu.

Berikutan itu keputusan mempelawa Ikhwan terbabit sama dalam rundingan dilihat rejim Mubarak semakin terdesak.
Sementara itu, suasana di ibu negara dengan 18 juta penduduk ini yang ditutup sejak tunjuk perasaan bermula 25 Januari lalu, semakin pulih.

Semalam, menyaksikan bank membuka pintunya untuk tiga jam, pertama kali dalam seminggu.

Beberapa restoran termasuk francais asing seperti Kentucky Fried Chicken turut membuka semula perniagaan masing-masing.

Keadaan lalu-lintas juga kembali seperti biasa dan kedai termasuk di jalan yang menuju ke Dataran Tahrir juga dibuka semula.

Kumpulan penunjuk perasaan yang masih berhimpun di dataran yang sudah menjadi medan utama bantahan menghadiahkan bunga kepada pekedai sebagai 'pampasan' terhadap kerugian yang dialami mereka.

Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan masih berada di dataran itu bagi meneruskan bantahan mereka.

"Kami bertekad untuk mengadakan bantahan ini sehingga tuntutan nombor satu kami dicapai," kata Khaled Abdul-Hameed, seorang wakil penunjuk perasaan itu. – AP/Agensi

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

6 maut bertempur pengikut Ahmadiah

Posted: 06 Feb 2011 02:38 PM PST

Dunia

Ahli kumpulan ajaran sesat tikam penduduk

JAKARTA: Sekurang-kurangnya enam terbunuh dan berpuluh yang lain cedera apabila kira-kira 1,000 penduduk Islam bertempur dengan sekumpulan pengikut ajaran Ahmadiah di Jawa Barat, semalam.

Agensi berita Antara melaporkan, penduduk Islam sebelum itu mengepung sebuah rumah di daerah Pandeglang di Jawa Barat bagi menghalang pengikut Ahmadiah daripada bersembahyang di situ. Antara berkata, enam orang terbunuh dalam pertempuran yang tercetus apabila pengikut Ahmadiah menikam seorang penduduk tempatan. Polis bagaimanapun hanya dapat mengesahkan tiga kematian.

"Setakat ini kami dapat mengesahkan tiga kematian dan mereka adalah pengikut Ahmadiah dari Jakarta.

"Kami masih perlu mengesahkan identiti mereka, manakala empat orang lagi cedera parah. Pengikut ajaran Ahmadiah bersenjatakan parang dan lembing dalam pertempuran itu," kata ketua polis daerah, Alex Fauzi Rasyad kepada stesen televisyen tempatan MetroTV.

Satu perintah kerajaan yang dikuatkuasakan pada 2008 selepas menerima tekanan pemimpin Islam, melarang kumpulan Ahmadiah daripada menyebarkan ajaran mereka di Indonesia yang antaranya mempercayai Mirza Ghulam Ahmad adalah rasul terakhir.
Ajaran Islam sebenar menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah rasul terakhir manakala kepercayaan Ahmadiah dianggap sesat dan mencemarkan kesucian Islam. Mengikut undang-undang 1965, mereka yang terbabit boleh dihukum hingga lima tahun penjara.

Kumpulan Ahmadiah mendakwa mempunyai 500,000 pengikut di Indonesia, manakala pertubuhan Islam terbesar, Nahdlatul Ulama 30 juta ahli. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan