Ahad, 6 Februari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Krisis beri kesan harga minyak, makanan

Posted: 05 Feb 2011 07:21 AM PST

BERJAGA-JAGA...kumpulan antikerajaan mengambil langkah pencegahan bagi mengelak kepala mereka terkena batu dilontar penyokong Hosni.
BERJAGA-JAGA...kumpulan antikerajaan mengambil langkah pencegahan bagi mengelak kepala mereka terkena batu dilontar penyokong Hosni.

WASHINGTON: Konflik berpanjangan di Mesir dan masa depan yang tidak menentu turut memberi kesan kepada ekonomi dunia.

Menurut penganalisis, protes massa ke atas rejim Presiden Hosni Mubarak kini mendorong kenaikan harga minyak dan makanan.


Lebih membimbangkan sesetengah pihak adalah kesan daripada kebangkitan itu yang mungkin mempengaruhi negara di rantau Arab ketika negara terbabit adalah pengeluar utama minyak dunia.

Pakar ekonomi Moody's Analytics, Mark zandi, berkata jika konflik itu mampu dikekang supaya berlaku di Mesir saja, kesan terhadap harga petroleum adalah minimum.


"Tetapi sekarang adalah jelas kesan protes itu merebak ke sekitar Timur Tengah dan ada asas untuk bimbang ia akan menjadi semakin buruk," katanya.


Selepas lebih 10 hari, ketegangan di Mesir masih belum menampakkan sebarang tanda kendur ketika ratusan ribu warga Mesir turun ke jalan raya setiap hari.

Protes seumpama itu berjaya menumbangkan kerajaan Tunisia sebelum ini dan ia mungkin turut membawa kesan sama kepada Yaman dan Jordan.


Penyelidik Brookings Institution's di Doha, Qatar, Shadi Hamid, berkata dia amat bimbang jika protes berkenaan berterusan untuk tempoh lebih lama.

"Kita akan melihat penyusutan ekonomi berterusan di Timur Tengah dan pasti ia memberi kesan kepada AS," katanya. AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cedera tak halang protes

Posted: 05 Feb 2011 07:19 AM PST

KAHERAH: Walaupun cedera dan masih berbalut, ribuan penunjuk perasaan tetap berarak dan berkumpul di Dataran Tahrir (Kemerdekaan) dua hari selepas bertempur dengan kumpulan penyokong Presiden Hosni Mubarak, semalam.

Seorang budak lelaki, misalnya, menunjukkan isyarat 'V' dengan tangannya yang berbalut sambil memandang ke depan.


Sebahagian lagi pula membaca ayat al-Quran untuk dihadiahkan kepada penunjuk perasaan yang terbunuh dalam protes terbesar dalam sejarah Mesir itu.

Sambil meraikan mangsa yang terkorban sebagai syahid, mereka turut berikrar meneruskan perjuangan menggulingkan Hosni sebagai Presiden Mesir.


Ketika malam menjelang, masih ada kira-kira 100,000 orang berkeliaran di kawasan lapang berkenaan dan seorang pemuda mula mengagih-agihkan makanan untuk mengalas perut penunjuk perasaan dengan bersemangat, seolah-olah dia membakar bara perjuangan rakannya yang lain.


Mereka yakin, jika protes kali ini gagal, kehidupan akan menjadi lebih buruk di bawah rejim Hosni. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan