Khamis, 3 Februari 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Ribut salji lumpuhkan AS

Posted:

Ribut salji lumpuhkan AS

Ribut salji lumpuhkan AS


SEORANG penduduk mengayuh basikal dalam hujan salji di Milwaukee, Wisconsin semalam.


WASHINGTON - Berjuta-juta warga Amerika Syarikat (AS) terputus bekalan elektrik apabila ribut salji yang dikatakan lebih hebat daripada fenomena sama pada tahun 1967 melanda lebih 30 buah negeri dan memberi kesan kepada satu pertiga penduduk di AS semalam.

Ribut salji itu menyebabkan banyak lapangan terbang, sekolah, kolej dan pejabat pentadbiran ditutup.

Ais dilihat meliputi jalan raya Chicago.

"Jangan pergi ke mana-mana. Duduk di dalam rumah. Angin kencang dan salji tebal membuatkan perjalanan hampir mustahil," jelas satu mesej daripada Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) menggesa orang ramai supaya bersiap sedia untuk menghadapi cuaca buruk itu.

Presiden AS, Barack Obama telah diberi taklimat tentang kejadian ribut itu dan pelan-pelan bantuan kecemasan sedang disediakan.

Pakar meteorologi, Jeff Johnson yakin ribut salji itu akan melumpuhkan sistem pengangkutan selama beberapa hari. Hampir 6,000 penerbangan terpaksa dibatalkan.

Keadaan ini dijangka mengakibatkan huru-hara apabila perkhidmatan penjadualan semula terpaksa dibuat seperti mana yang berlaku ketika sambutan Krismas dan Tahun Baru yang lalu. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hosni rela mati di Mesir

Posted:

Hosni rela mati di Mesir

Hosni rela mati di Mesir


Hosni Mubarak


KAHERAH – Presiden Mesir, Hosni Mubarak menegaskan bahawa beliau sanggup mati di tanah air sendiri daripada hidup dalam buangan di luar negara.

Dalam ucapannya yang disiarkan televisyen Mesir kelmarin ketika lebih sejuta penunjuk perasaan berkumpul di sini, Hosni turut menyatakan bahawa beliau akan berundur hanya apabila penggalnya tamat pada September depan.

Kedegilannya itu mencetuskan kemarahan para penunjuk perasaan yang menuntut beliau berundur sekarang sekali gus menamatkan pemerintahan kuku besinya selama 30 tahun di Mesir.

Menurut presiden berusia 82 tahun itu, beliau tidak akan bertanding untuk penggal kedua apabila penggalnya tamat pada September depan.

"Saya akan terus bekerja sepanjang baki penggal saya untuk memastikan pertukaran kuasa berlaku secara aman," katanya.

Kepada para penunjuk perasaan yang mahu beliau meninggalkan Mesir, Hosni memberitahu: "Ini adalah negara saya dan saya akan mati di sini."

Ucapan selama 10 minit itu dibuat semasa lebih sejuta orang berhimpun di Kaherah, Iskandariah dan Suez bagi menuntut peletakan jawatannya.

Beliau didesak berundur selepas para penentangnya mendapat ilham daripada peristiwa penyingkiran Zine El Abidine Ben Ali sebagai Presiden Tunisia oleh rakyatnya pada bulan lalu ekoran dakwaan korup dan masalah pengangguran tinggi.

Sejak Hosni memerintah, tiada perubahan besar yang dilakukannya bagi membaiki taraf hidup rakyat yang dihantui dengan kadar pengangguran tinggi.

Sektor pelancongan merupakan sumber utama pendapatan Mesir dengan mewakili lebih 11 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar.

Pada 2009, kira-kira 12.5 juta pelancong melawat Mesir dengan membawa pendapatan kepada negara itu sebanyak AS$10.8 bilion (RM32.15 bilion).

– Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jurujual wanita guna taktik pikat jutawan jadi suami

Posted:

Jurujual wanita guna taktik pikat jutawan jadi suami

Jurujual wanita guna taktik pikat jutawan jadi suami


KIM PEREZ dan suaminya, David yang merupakan jutawan dari New York, Amerika Syarikat.


NEW YORK - Seorang jurujual dari Britain, Kim Perez sanggup melakukan apa sahaja bagi menggoda seorang jutawan untuk dijadikan suaminya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menceritakan pengalamannya yang berjaya mengahwini seorang jutawan dari Amerika Syarikat (AS) kepada media, wanita berusia 43 tahun itu berkata, dia tidak berpelajaran tinggi tetapi bercita-cita tinggi untuk hidup mewah.

Bagi merealisasikan impiannya, Perez memberitahu, dia meluangkan masa beberapa bulan untuk menukar penampilan diri agar kelihatan lebih kemas dan anggun malah, dia turut membayar £600 (RM2,959) bagi mempelajari pertuturan bahasa Inggeris yang lebih baik berbanding loghat bahasa pasar yang sering digunakannya ketika berbual.

Semua itu dilakukan oleh Perez semata-mata untuk menggoda jutawan untuk dijadikan suami.

Perez sanggup untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi restoran yang menjadi tumpuan orang kaya dengan membaca majalah.

Dia juga meminjam buku dari perpustakaan untuk membaca mengenai etika semasa makan dan peradaban diri.

Perez mengenali jutawan berkenaan menerusi sebuah laman web khusus yang mempertemukan warga AS dengan Britain dengan tujuan untuk mencari jodoh.

"Dia (David) menjadi sasaran saya bukan sahaja kerana dia tampan tetapi apa yang lebih penting, dia memiliki banyak wang," katanya.

Usaha tekun wanita itu membuahkan hasil selepas David terpikat dengannya ketika pertemuan pertama mereka di New York, AS.

Perez berkahwin dengan jutawan tersebut di Florida, AS pada Ogos tahun lalu dan dia kini hidup mewah sebagai isteri seorang jutawan.

Sebelum berkahwin dengan jutawan itu, dia berkahwin dengan seorang mekanik, Steven, selepas menamatkan persekolahan.

Semasa berumur 20 tahun, wanita itu sudah melahirkan anak perempuan sebelum dia bercerai dengan suami pertamanya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan