Rabu, 26 Januari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Desak Hosni Mubarak berundur

Posted:

Desak Hosni Mubarak berundur

Desak Hosni Mubarak berundur


RIBUAN penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir menuntut Presiden Hosni Mubarak supaya meletak jawatan di Kaherah, kelmarin. – REUTERS


KAHERAH 26 Jan. - Pegawai keselamatan Mesir menahan kira-kira 200 penunjuk perasaan semasa pertempuran semalam dengan golongan tersebut yang menuntut Presiden Hosni Mubarak menamatkan pemerintahannya selama 30 tahun.

Pegawai berkata, lebih ramai penunjuk perasaan akan ditahan apabila pihak berkuasa meneliti rakaman video polis tentang bantahan tersebut.

Tiga penunjuk perasaan dan seorang anggota polis maut semalam dalam pertempuran, memaksa beribu-ribu polis rusuhan ditempatkan di seluruh Kaherah hari ini.

Kementerian Dalam Negeri Mesir hari ini melarang sebarang demonstrasi diadakan dan memberi amaran penunjuk perasaan boleh didakwa sekiranya berdegil.

"Tiada langkah provokatif, perhimpunan bantahan, perarakan atau demonstrasi dibenarkan.

"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar larangan ini dan boleh didakwa," jelas kenyataan kementerian tersebut.

Penunjuk perasaan semalam melaungkan slogan 'Hosni Mubarak perlu berundur' selepas meninggalkan kawasan Dataran Tahrir. Beberapa penunjuk perasaan melempar batu ke arah polis yang menghalang mereka kembali ke Dataran Tahrir dengan menggunakan cota selepas kawasan itu dikosongkan.

Laungan 'Pembuli' dan 'Kamu Bukan Lelaki' turut kedengaran apabila polis menembak meriam air ke arah penunjuk perasaan yang terpaksa berundur dari kawasan tersebut.

Beberapa pertempuran terus berlaku hari ini tetapi bilangan penunjuk perasaan semakin kurang pada waktu subuh.

Polis terus meronda di sekitar Dataran Tahrir, sementara pekerja dilihat mula membersihkan sampah sarap serta batu-batu. – Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Penduduk Papua bantah autonomi Indonesia

Posted:

Penduduk Papua bantah autonomi Indonesia

Penduduk Papua bantah autonomi Indonesia

JAYAPURA, Indonesia 26 Jan. - Lebih 1,000 penduduk Papua hari ini mengadakan demonstrasi menolak kuasa khas wilayah autonomi dan mendesak satu pungutan suara diadakan untuk menentukan hala tuju wilayah itu pada masa depan.

Mereka terdiri daripada aktivis, pelajar dan pemimpin gereja berarak dan membawa sebuah keranda yang diselimuti kain berwarna hitam dan tertera ayat 'Kuasa Autonomi Khas sudah mati di Papua' di hadapan bangunan perwakilan di Jayapura.

''Kemerdekaan untuk Papua, tolak kuasa khas autonomi,'' jerit penunjuk perasaan berkenaan.

Mereka juga mendesak dewan tinggi pemimpin puak dikenali sebagai Perhimpunan Rakyat Papua (MPR) dibubarkan.

Ketua penyelaras demonstrasi itu, Selpius Bobi berkata, MPR tidak melakukan apa-apa untuk menjaga kebajikan rakyat Papua.

''Rakyat kami miskin di bumi mereka sendiri. Kami menolak kuasa khas autonomi kerana polisi kerajaan tidak pernah menyokong penduduk asal Papua,'' ujarnya.

Beliau menambah, mereka mahu satu pungutan suara bagi menentukan masa depan mereka.

Status khas autonomi Papua diperkenalkan pada 2001 selepas kejatuhan pemerintahan ketenteraan Presiden Suharto, menyaksikan kuasa pentadbiran termasuk kawalan hasil cukai sumber semulajadi diberikan kepada kerajaan perwakilan tempatan.

Bagaimanapun, kebanyakan rakyat Papua menyatakan ia gagal memulihkan hak mereka dan aktivis menuduh tentera Indonesia mengenakan tindakan kejam ke atas puak Melanes yang merupakan penduduk asal di wilayah itu. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan