Jumaat, 21 Januari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Berlusconi tak pernah sentuh saya: Ruby

Posted: 20 Jan 2011 09:12 AM PST

BERLUSCONI...meragui niat sebenar pendakwa.
BERLUSCONI...meragui niat sebenar pendakwa.

MILAN: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, dan remaja Maghribi yang dikaitkan dengannya tampil membuat penafian berasingan semalam untuk menegaskan mereka tidak pernah mengadakan hubungan seks.

Berlusconi, 74, memberi kenyataan itu melalui rakaman video - kali kedua dalam tempoh beberapa hari - bagi mempertahankan dirinya daripada disiasat pendakwa raya Milan atas tuduhan meniduri remaja digelar Ruby Rubacuori (Ruby si Pencuri Hati).


Kata Berlusconi, pendakwa menggunakan kaedah Mafia dan dia tidak akan memberi sebarang reaksi terhadap saman dikemukakan hujung minggu ini.

Katanya, dia tidak yakin terhadap siasatan yang dianggap di luar undang-undang serta bermotifkan politik.


"Tiada apa yang perlu saya malukan. Saya sedia dibicarakan serta-merta tapi hanya di depan hakim yang tidak berpihak atau dengan pendakwa yang tidak menggunakan kes ini untuk kepentingan politik," katanya.


Berlusconi didakwa membayar sejumlah wang kepada Ruby - ketika itu masih di bawah umur - sebagai imbuhan melayan nafsunya dan menggunakan kedudukannya bagi mengelak ia diketahui pihak berkuasa.

Setakat ini pendakwa mengemukakan 389 halaman bahan bukti, termasuk rakaman sulit, kepada Parlimen bagi mendapat kebenaran khas menggeledah sebahagian harta Berlusconi.


Media melaporkan, proses mengkaji dokumen itu memakan masa sekurang-kurangnya seminggu.

Beberapa jam sebelum penafian Berlusconi, Ruby turut tampil dalam program bual bicara disiarkan rangkaian Mediaset milik ahli politik itu.


Kelihatan tenang sepanjang temu bual selama 20 minit itu, Ruby berkata, dia tidak pernah menjadi pelacur.


"Malah Berlusconi tak menyentuh saya," katanya.


Meminta dipanggil dengan nama sebenarnya dalam program itu, Ruby berkata, dia bertemu Perdana Menteri Itali itu pada Hari Valentine tahun lalu. Katanya, dia ke villa mewah Berlusconi atas jemputan seorang rakan.


"Ketika itu saya bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di Milan," katanya.


Walaupun baru berusia 17 tahun ketika itu, Ruby memperkenalkan diri dengan gelaran berkenaan dan mendakwa berusia 24 tahun.


Ruby turut menipu kononnya dia berasal dari Mesir.


"Saya kagum dia sedia mendengar kata-kata saya dan semua yang diberitahu kepadanya adalah benar, kecuali mengenai nama, usia dan negara asal saya," katanya.


Pada akhir makan malam itu, kata Ruby, dia dijemput masuk ke pejabat Berlusconi dan diberi sampul berisi wang RM28,700.


"Saya berjumpa dengannya dan diberi wang ketika dia tidak pernah menyentuh saya," katanya. - AP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

2,000 wanita Itali sokong kempen antipemimpin

Posted: 20 Jan 2011 09:10 AM PST

ROME: Sebuah akhbar Itali berkata, lebih 2,000 wanita negara itu memberikan sokongan dengan menurunkan tanda tangan terhadap kempen menyedarkan Silvio Berlusconi bahawa tidak semua wanita cantik di negara itu boleh dianggap sebagai pelacur atau perempuan murahan.

Kempen Basta! (Cukup!) itu dikendalikan akhbar L'Unita yang rapat dengan pembangkang berhaluan kiri Itali.


Sehingga semalam, dilaporkan Perdana Menteri Itali itu menghadapi kecaman lebih meluas di kalangan pelbagai pihak atas skandal seksnya dengan pelacur.

Kritikan keras turut dibuat pertubuhan gereja Katolik. - AP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan