Jumaat, 21 Januari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Menteri Perancis dilempar kasut, telur di Palestin

Posted: 21 Jan 2011 02:15 PM PST

Dunia

Alliot-Marie persoal tindakan Hamas tahan askar Yahudi

BEIT HANUN: Sekumpulan penduduk Palestin yang marah mengepung dan melempar kasut serta telur ke arah kereta yang dinaiki Menteri Luar Perancis Michele Alliot-Marie sejurus beliau tiba di Gaza, lapor wartawan agensi berita antarabangsa AFP semalam.

Sambil membawa sepanduk berbunyi 'Keluar dari Gaza' mereka menahan kereta dinaiki Alliot-Marie sejurus selepas ia melintasi pusat pemeriksaan Hamas di bandar Beit Hanun di utara Gaza, lalu memukul dan menumbuk kenderaan itu. Sebilangan penunjuk perasaan melempar kasut ke arah kereta terbabit, manakala seorang lagi melompat ke atas bumbungnya dalam apa yang disifatkan bantahan terhadap kenyataan yang didakwa dikeluarkan Alliot-Marie ketika menemui ibu bapa askar Israel yang ditahan Hamas, Gilad Shalit sehari sebelum itu.

"Pada pertemuan itu Bapa Gilad, Noam Shalit meminta Alliot-Marie menggesa Kesatuan Eropah (EU) 'mengecam penahanan Gilad sebagai jenayah perang'," lapor wartawan itu.

Bagaimanapun, sejurus selepas itu, sebuah stesen radio awam Israel menyiarkan berita di laman webnya yang berbahasa Arab menyatakan Alliot-Marie berkata 'EU mesti mengecam penahanan Gilad Shalit sebagai jenayah perang.

Ketika semakin ramai penunjuk perasaan mengepung kereta Alliot-Marie, dua kanak-kanak yang ketakutan dan menangis dicampakkan ke bahagian tayar depan konvoi kenderaan itu dan mereka dibiarkan di situ selama beberapa minit sebelum ditarik anggota keluarga masing-masing.
Tidak jauh dari situ, seorang penunjuk perasaan melaungkan slogan menggunakan pembesar suara, mengutuk kenyataan 'jenayah perang' yang didakwa dikeluarkan Alliot-Marie manakala seorang lagi memegang gambar besar Alliot-Marie dengan tanda palang berwarna merah di bahagian mukanya.

Polis Hamas bagaimanapun berjaya menyuraikan penunjuk perasaan dan membenarkan Alliot-Marie melepasi sekatan. – AFP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Masyarakat Britain cetek Islam: Menteri

Posted: 21 Jan 2011 12:08 PM PST

Dunia

LONDON: Wanita Islam pertama yang menyertai kabinet Britain berkata kelmarin sikap prejudis terhadap agamanya sudah menjadi sesuatu dianggap perkara biasa oleh masyarakat.

Menteri dalam barisan kerajaan Perdana Menteri David Cameron, Sayeeda Warsi berkata, masyarakat Britain kurang toleransi dan berpandangan cetek serta kurang pengetahuan mengenai Islam disebabkan apa yang disebarkan media dan lain-lain.

Dalam himpunan syarahan yang disampaikan kelmarin, Sayeeda merujuk perkataan seperti Islamofobia dan tokoh Islamofobia oleh wartawan dikhuatiri menjadi luahan penghinaan terhadap hampir dua juta umat Islam minoriti dan ia semakin diterima masyarakat. "Anda kini boleh sebut mengenai Islamofobia di meja makan tanpa sebarang tentangan," katanya dalam himpunan syarahan yang disampaikan di Universiti Leicester, tengah England.

Britain seperti negara Eropah lain, terpaksa bertungkus lumus untuk mengawal kemasukan penduduk Islam secara besar besaran yang tiba pada separuh kedua kurun ke-20.

Rakyat Britain keturunan Pakistan dan Bangladesh, berusaha keras untuk mengatasi masalah pengangguran yang panjang dan penduduk Islam menyumbang kepada ketidakseimbangan penghuni dalam penjara Britain.

Walaupun ketegangan ini berlaku tetapi peristiwa 11 September 2001 turut menyumbang kepada penumpuan terhadap kumpulan radikal yang berada di kalangan orang Islam Britain. – AP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan