Ahad, 9 Januari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Dua acara parti liar untuk William

Posted: 08 Jan 2011 07:00 AM PST

LONDON: Pewaris takhta Inggeris, Putera William dikatakan akan mengucapkan selamat tinggal kepada zaman bujangnya dengan dua acara parti liar.

Parti pertama yang akan diadakan di London bakal disertai teman baik dari universiti, rakan sekelas di sekolah dan ahli keluarga terdekatnya, manakala parti bujang kedua yang lebih 'hebat' pula akan diadakan di Afrika Selatan dan dijangka dihadiri rakan daripada kumpulan terpilih saja.

William, 28, akan dirai dengan persembahan gadis akrobatik seksi dan kumpulan penyanyi wanita berpakaian korset yang akan menghidangkan minuman keras di Kelab Vaudeville di Cape Town, Afrika Selatan. Parti kedua di Cape Town itu yang bakal dianjurkan teman baik William, Guy Pelly dan Tom Inskip dijangka diadakan akhir Mac.

Pelly, 29, yang merancang parti kedua untuk William bersama teman wanitanya, Susanna Warren sudah terbang ke Cape Town untuk meninjau keadaan di sana.


Walaupun mereka enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai parti itu tetapi menurut satu sumber, Putera Harry dan rakan William sibuk merancang acara dua parti itu.


"Bagaimanapun, bila tarikh dan waktu parti itu diadakan akan dirahsiakan atas sebab keselamatan," kata sumber itu.

Sementara itu, William yang akan mengahwini Kate Middleton pada 29 April depan, dikhabarkan akan membuat penampilan istimewa untuk rakyat jelata selepas upacara perkahwinan mereka dengan muncul di balkoni Istana Buckingham.

Pasangan diraja itu bakal muncul dengan aksi ciuman di balkoni istana berkenaan sepertimana kucupan dilakukan ibu bapanya, Putera Charles dan Puteri Diana 30 tahun lalu.

Menurut sumber istana, pasangan diraja itu akan menghadiri dua resepsi yang dianjurkan Ratu Elizabeth dan Charles.

Satu sumber di Istana St James berkata: "Detik romantik William dan Kate akan turut diabadikan di balkoni istana. Pasangan itu menghabiskan cuti Krismas hanya untuk merancang atur cara majlis perkahwinan mereka."

Aksi ciuman di balkoni istana bakal menjadi detik kemuncak dalam perkahwinan pasangan diraja itu. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Miranda selamat lahirkan bayi lelaki

Posted: 08 Jan 2011 06:44 AM PST

LOS ANGELES: Peragawati Miranda Kerr dilaporkan sudah melahirkan anak lelaki di sebuah hospital di Los Angeles, semalam.

Miranda yang berkahwin dengan pelakon, Orlando Bloom pada Julai lalu dan mengesahkan kehamilannya sebulan selepas itu melahirkan bayinya lebih awal daripada jangkaan doktor.


Menurut ahli keluarga peragawati berasal dari Australia itu, mereka mendapat khabar Miranda sudah melahirkan bayi lelaki, pagi semalam.

Sebelum ini, peragawati pakaian dalam Victoria's Secret itu dikatakan merancang untuk membahagikan masa antara karier peragaan dengan tugas sebagai ibu kelak. "Saya memang ingin menjadi seorang ibu satu masa kelak dan saya rasa Orlando akan menjadi bapa yang baik. Mempunyai anak dan kehamilan adalah sebahagian daripada kehidupan wanita," katanya.


Berita mengenai kelahiran bayi Miranda dijangka memberi khabar gembira buat keluarga Miranda selepas datuk dan neneknya ditimpa malang apabila kediaman mereka di Sydney dijilat api, baru-baru ini. Datuk dan nenek Miranda sempat menyelamatkan diri selepas kediaman mereka disambar petir sebelum terbakar. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan