Berita Harian: Dunia |
Penembak Ahli Kongres tidak bertindak sendiri Posted: 09 Jan 2011 01:44 PM PST Dunia ANGGOTA kecemasan membawa Giffords (gambar kecil) dengan helikopter untuk menerima rawatan. TUCSON: Polis mengesyaki lelaki bersenjata yang menembak sehingga cedera parah seorang ahli Kongres wanita, di samping membunuh enam yang lain di sini semalam tidak bertindak berseorangan. "Kami mempunyai sebab untuk mengesyaki penyerang datang ke lokasi kejadian bersama seorang yang lain," kata syerif mukim Pima, Clarence Dupnik, yang mengetuai siasatan terhadap kes serangan terhadap ahli Dewan Perwakilan Gabrielle Giffords. Ketua polis itu berkata penyerang berusia 22 tahun itu ditangkap di lokasi kejadian. Katanya, penyerang itu mempunyai rekod jenayah, tetapi beliau yakin dia tidak bertindak bersendirian.Media mengenal pasti penyerang itu sebagai Jared Lee Loughner dan saksi berkata dia pergi ke perhimpunan awam yang dianjurkan Giffords untuk menemui ahli kongres Demokrat itu. Menurut penganjur majlis Alex Villec, penyerang memakai topi berwarna hitam dan seluar serta baju "longgar". "Dia meminta menemui Giffords tetapi diberitahu agar menunggu gilirannya. Berikutan itu dia meninggalkan tempat berkenaan dan kembali beberapa minit kemudian dan selepas itu kedengaran bunyi tembakan." Penyerang itu melepaskan tembakan menggunakan senjata separa automatik dengan menyasarkan Giffords ketika beliau menemui penyokongnya kira-kira jam 10 pagi hari Sabtu waktu tempatan. Lokasi berhampiran sebuah pasar raya itu sesak dengan pengunjung pada waktu kejadian.
"Penyerang itu tidak lebih dari tiga atau empat kaki dari ahli Kongres berkenaan," kata kakitangan komunikasi Giffords, Mark Kimble. Seorang doktor di University Medical Center di Tuscon yakin Giffords yang cedera parah akan pulih. "Beliau dalam keadaan kritikal. Pembedahan sudah disempurnakan dan saya yakin beliau akan selamat," kata pengarah perubatan hospital itu Peter Rhee.
Kejadian tembakan itu mengejutkan Washington, di mana Kongres akan membentangkan rang undang-undang penjagaan kesihatan minggu depan. Ada yang berpendapat bahawa keadaan politik semasa mungkin menyumbang dalam kejadian tembakan yang jarang membabitkan seorang ahli perundangan persekutuan.
|
AS bimbang senjata canggih milik China Posted: 09 Jan 2011 01:43 PM PST Dunia Gates gesa pulih hubungan dengan BeijingDI DALAM PESAWAT TENTERA AS: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Robert Gates kelmarin menyuarakan kebimbangan berhubung pemilikan senjata berteknologi tinggi terbaru China dan menggesa pemulihan dalam hubungan ketenteraan dengan Beijing bagi membantu mengurangkan ketegangan. Bercakap kepada media dalam perjalanan ke Beijing untuk rundingan tiga hari, Gates berkata China jelas membuat banyak peningkatan dalam membangunkan jet pejuang siluman pertama dan peluru berpandu antikapal memberi ancaman kepada tentera Amerika. "Mereka jelas mempunyai potensi meletakkan sesetengah keupayaan kita dalam risiko. Kita perlu memberi perhatian terhadap mereka, kita perlu memberi tindak balas wajar dengan program sendiri," kata Gates. Namun katanya, kemajuan dalam program persenjataan China itu menekankan lagi betapa pentingnya satu dialog diadakan dengan tentera China, dan berharap kunjungannya bermula semalam akan menjalin hubungan pertahanan lebih erat dengan kuasa Asia itu."Harapan saya ialah menerusi dialog strategik yang saya katakan, mungkin keperluan sesetengah keupayaan ini dikurangkan," kata Gates. Dengan Presiden China Hu Jintao dijangka berada di Washington untuk kunjungan 19 Januari ini, kedua-dua pihak tidak sabar menunjukkan perkembangan dalam hubungan pertahanan yang mana China berulang kali menyekat jualan senjata Amerika ke Taiwan. "Adalah jelas China mahu saya datang sebelum kunjungan Presiden Hu ke Wa-shington," kata Gates.
Beberapa hari sebelum lawatan ketua pertahanan Amerika itu, gambar jelas diedar di internet oleh pihak yang tidak dikenal pasti menunjukkan satu prototaip pesawat pejuang siluman pertama China, J-20 di satu lapangan terbang tentera di barat laut China. "Kami tahu mereka sedang mengusahakan pesawat siluman," kata Gates apabila ditanya mengenai pesawat perang itu. Gates juga berkata beliau bimbang mengenai peluru berpandu antikapal, krus dan balistik China sejak dirinya mengambil alih jawatan itu empat tahun lalu oleh China. – AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan