Ahad, 26 Disember 2010

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Tauke kedai seks diracun

Posted: 24 Dec 2010 08:16 AM PST

UNTUK DEWASA SAJA...kedai pakaian dalam Ann Summers.
UNTUK DEWASA SAJA...kedai pakaian dalam Ann Summers.

LONDON: Seorang pengasuh didakwa cuba meracun pemilik syarikat Ann Summers - sebuah kedai pakaian dalam dan barangan seks terkenal di Britain - dengan memasukkan cecair pencuci cermin ke makanan wanita terbabit.

Allison Cox, 33, diupah Jacqueline Gold bagi menjaga anak perempuannya, Scarlett, di kediaman mewah wanita itu di Whyteleafe, Surrey.


Beberapa hari lalu, Jacqueline, 50, berasa curiga apabila mendapati makanan dihidang Allison mempunyai rasa pelik.

Menurut sumber, apabila sampel makanan itu diuji, didapati ia dicampur dengan cecair pencuci cermin.


Polis kemudian menahan Allison di kediaman dianggarkan bernilai RM31 juta itu.


Jurucakap polis Surrey mengesahkan Allison dihadapkan ke mahkamah pada 17 Disember lalu dan berdepan tiga dakwaan cuba meracun Jacqueline.

Allison dijadual dibawa ke Mahkamah Majistret Tenggara Surrey di Redhill pada 5 Januari depan.


Jacqueline adalah anak pemilik kelab bola sepak West Ham United, David Gold.

Di Britain, Jacqueline disenarai sebagai wanita ke-16 paling kaya dan antara kejayaannya adalah menjadikan Ann Summers sebagai syarikat berjaya.


Jacqueline juga adalah ketua pegawai eksekutif syarikat Knickerbox dan pernah dijemput ke Istana Buckingham pada 2007 untuk diraikan bersama ahli perniagaan wanita berjaya lain.


Sebelum ini, akhbar tabloid terkemuka di Britain, Daily Mail pernah menyenaraikan Jacqueline sebagai seorang daripada 100 wanita paling berpengaruh di negara itu.


Jacqueline melahirkan pasangan kembar, Scarlett dan Alfie, pada tahun lalu.


Bagaimanapun, Alfie meninggal dunia akibat masalah otak lapan bulan kemudian. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Reynolds kemuka petisyen cerai kepada mahkamah

Posted: 24 Dec 2010 08:14 AM PST

LOS ANGELES: Sembilan hari selepas mengumumkan perpisahan, semalam Ryan Reynolds secara rasmi mengemukakan permohonan bercerai dengan Scarlett Johansson.

Aktor kelahiran Kanada itu muncul di mahkamah di Los Angeles bersama petisyen bagi menyokong permohonan cerainya.


Dia dan Scarlett berkahwin dalam majlis tertutup di Tofino, British Columbia, dua tahun lalu.

Reynolds, 34, menyatakan mereka berpisah sejak 14 Disember lalu dan mendakwa ia berlaku selepas kedua-dua mereka tidak lagi bersefahaman.


Sebelum berkahwin dulu, Reynolds dan Scarlett, 26, tidak menandatangani sebarang perjanjian mengenai pembahagian harta seperti dilakukan kebanyakan pasangan selebriti Hollywood.


Mereka juga dilaporkan tidak membuat sebarang perjanjian mengenai pembiayaan pasangan masing-masing selepas berpisah.

Pernah membintangi filem X-Men Origins: Wolverine pada 2009, Reynolds akan muncul di layar perak tidak lama lagi sebagai bintang utama filem Green Lantern bersama Blake Lively dan Mark Strong. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan