Kosmo Online - Dunia |
Sambutan Hari Natal dicemari keganasan Posted: Sambutan Hari Natal dicemari keganasanPolis Filipina memeriksa kerosakan sebuah gereja Katholik di Pulau Jolo, selatan Filipina selepas satu letupan semalam. PARIS - Sambutan Hari Natal semalam dicemari beberapa serangan terbaru ke atas penganut agama Kristian dengan para pemimpin gereja mengutuk keganasan agama dan menyeru ke arah keamanan serta perdamaian. Di Pulau Jolo, selatan Filipina, sebutir bom meletup di dalam sebuah gereja yang dipenuhi penganut Kristian, menyebabkan enam orang cedera termasuk paderinya. "Letupan berlaku pada pukul 7.15 pagi dan berkemungkinan dilakukan oleh kumpulan militan Abu Sayyaf yang beberapa kali menyasarkan gereja Katholik," kata jurucakap tentera, Leftenan Randolph Cabangbang. Di bandar Kano, utara Nigeria, seorang jurucakap tentera memberitahu, sekumpulan lelaki Islam bersenjata menyerang sebuah gereja kelmarin tetapi serangan tersebut dipatahkan oleh pasukan tentera. Tiada kecederaan dalam serangan itu sebaliknya 10 orang penganut Kristian terbunuh apabila sebutir bom meletup di Jos, tengah Nigeria manakala lapan yang lain cedera. Sementara itu, para pemimpin agama Kristian termasuk Pope Benedict XVI berdoa supaya Tuhan menghukum mereka yang melakukan keganasan dan menyeru penduduk dunia supaya melayan satu sama lain dengan perasaan persaudaraan. - AFP |
Ribuan terkandas menjelang Krismas Posted: Ribuan terkandas menjelang KrismasSejumlah penumpang terpaksa bermalam di ruang sementara di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, dekat Paris kelmarin. PARIS - Suasana menjelang Krismas bertukar menjadi kelam-kabut apabila beribu-ribu orang terkandas di sebuah lapangan terbang utama di sini kelmarin selepas ratusan penerbangan dibatalkan berikutan cuaca sejuk di bawah paras beku dan salji tebal yang turun di serata Eropah. Kira-kira 400 penerbangan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Roissy dan Charles de Gaulle telah dibatalkan dengan penerbangan di Belgium dan Jerman turut terjejas. Keadaan diburukkan lagi apabila ramai orang terpaksa menangguhkan perjalanan mereka disebabkan suhu sejuk beku dengan kebanyakan jalan raya di barat Eropah dilitupi salji. Sekitar 2,000 orang terpaksa dipindahkan dari Terminal 2E Lapangan Terbang Charles de Gaulle selepas salji melitupi bumbungnya. Sebelum ini, struktur berkenaan pernah runtuh pada Mei 2004 yang mengorbankan empat orang. "Saya teramat letih sehingga saya tidak bertenaga lagi untuk marah," kata seorang wanita Perancis, Zoe Stephanou, 45. "Penerbangan saya ke Milan, Itali sudah dua kali dibatalkan. Kali pertama ia dibatalkan, adalah ketika salji masih belum turun," tambahnya. Di Belgium pula, pengendali perkhidmatan kereta api negara itu, Infrabel menyatakan, kebanyakan tren tergendala teruk selepas ramai kakitangan kereta api tidak dapat pergi ke tempat kerja kerana jalan raya dilitupi salji. Di lapangan terbang utama Belgium di Brussels, cuma sebuah landasan boleh digunakan menyebabkan banyak penerbangan tertunda manakala kementerian pertahanan terpaksa menyediakan katil tentera kepada para penumpang yang terkandas. Sementara itu, kesesakan turut berlaku di lapangan-lapangan terbang di Ireland, Britain Denmark serta Jerman. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan