Harian Metro: Global |
Posted: 04 Jul 2013 08:46 AM PDT Paris: Tertarik dengan getaran yang ada pada sebuah jambatan, seorang seniman Australia membuat keputusan aneh apabila menjadikan binaan itu sebagai pasangan hidupnya. Jodi Rose memang sering mengembara ke serata dunia untuk merekodkan getaran pada mana-mana jambatan gantung bagi menyiapkan projek muzik Singing Bridges.
Kata Jodi, dia berkahwin dengan jambatan Le Pont du Diable itu pada 17 Jun lalu dalam majlis tertutup dengan dihadiri hanya 14 orang tetamu.
JODI bersama 'pasangan hidup' pilihannya. Jambatan itu, kata Jodi, memahami bahawa dia juga menyayangi jambatan - juga lelaki - lain tetapi hubungan mereka membabitkan kepelbagaian kehidupan.
Jambatan Le Pont du Diable - juga dikenali sebagai Jambatan Syaitan - dibina pada abad ke-11 dan terbukti memiliki daya tahan yang sangat tinggi untuk merentasi masa begitu lama. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04 |
Anak bapa paling tua di dunia diculik Posted: 04 Jul 2013 08:42 AM PDT New Delhi: Lelaki dianggap bapa paling tua di dunia semalam berkata, anaknya yang baru berusia tiga tahun kini hilang dan dipercayai menjadi mangsa culik. Kata Ramjeet Ragav, 97, dia tidak melihat budak itu, Vikramjeet sejak 55 hari lalu dan mungkin dilarikan ketika pergi membuat rawatan di hospital.
"Saya tak tahu mengapa atau bagaimana dia hilang," katanya.
Isteri Ramjeet, Shakuntala, kini berusia 60 tahun. Keluarga itu menetap di sebuah rumah kecil di perkampungan Kharkhoda, di Haryana.
Disebabkan terlalu penat, Shakuntala tertidur di terminal bas yang sibuk sambil memegang anaknya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan