Isnin, 1 Julai 2013

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bayi paling terkenal di dunia

Posted: 30 Jun 2013 09:21 AM PDT

London: Anak patung kangaru di Australia, mandian bayi di Amerika Syarikat, Air Terjun Niagara akan diwarnakan merah jambu atau biru. Semuanya gara-gara kehamilan Kate Middleton.

Akhbar Washington Post mengisytiharkannya sebagai "bayi paling terkenal di dunia." Apabila Kate - yang kini dikenali dengan gelaran Duchess of Cambridge - melahirkan anak pertamanyanya di Hospital Lindo Wing Of St Mary di Paddington tidak lama lagi, ia akan menjadi perhatian jutaan orang, termasuk di negara luar Britain. Pewaris takhta pertama yang lahir dalam tempoh 31 tahun, cucu mendiang Puteri Diana itu dipuja seperti selebriti.


Justeru, tidak menghairankan apabila kelahiran bayi itu akan menjana perolehan AS$415 juta (RM1.3 bilion) di seluruh dunia.

Di Britain, kegembiraan itu kekal dalam keadaan sederhana dengan pemerhati menunggu sehingga bayi terbabit lahir sebelum sebarang perayaan dirancang.


Namun, di seluruh dunia - di Amerika, India, Australia, New Zealand dan Kanada misalnya 'demam' itu mencapai puncaknya. Minggu lalu sejumlah gambar bekas Perdana Menteri Australia Julia Gillard menjahit anak patung kangaru untuk anak Kate itu disiarkan media. Namun, ia adalah sebahagian kecil daripada gambaran obsesi antarabangsa terhadap anak yang bakal lahir itu.


Antara puncanya, lawatan diraja pasangan Kate dan Putera William ke beberapa negara luar, selain sambutan Jubli Intan pemerintahan diraja Britain membantu melonjakkan profil mereka. Bagaimanakah penduduk dunia membuat persediaan menyambut kelahiran bayi diraja itu? Di seberang Lautan Atlantik, liputan meluas media menghangatkan rasa ingin tahu orang ramai, Minggu lalu, Kate muncul sebagai penghias muka depan hampir semua majalah di AS dan setiap butiran kehamilannya dilaporkan sebagai berita utama.

Foto

ANTARA cenderamata yang dijual sempena bakal kelahiran anak William, Kate.

Foto

CENDERAMATA yang dijual.

Akhbar di Kanada merancang menerbitkan edisi khas sempena kelahiran bayi itu nanti dan dijangka menjadi "berita paling panas dan mendapat perhatian tertinggi pada 2013." Saluran televisyen ABC News pula membuka buku lawatan khas untuk pengunjung laman sesawangnya. Lebih 5,000 orang - termasuk dari Kenya, Indonesia dan Qatar - sudah membuat catatan di situ.


Seorang peminat dari Filipina menulis: "Seluruh dunia tidak sabar menunggu untuk melihat si bayi." Siaran berita juga pelbagai - daripada berbentuk serius sehingga ke laporan mengarut. Di Sepanyol Kate sering menjadi penghias muka depan majalah Hola! dan menggelar bakal anaknya sebagai "masa depan monarki Britain." - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01

Bieber mahu berkeluarga pada usia muda

Posted: 30 Jun 2013 09:15 AM PDT

Los Angeles: Penyanyi remaja Justin Bieber mengaku mahu memulakan hidup berkeluarga pada usia muda.

Dalam keluaran khas majalah Us, selebriti berusia 19 tahun itu berkata, dia mengimpikan hubungan romantik seperti yang dilalui pasangan nenek dan datuknya. "Hubungan Bruce dan Diane Dale menjadi contoh ikutan saya," katanya. Kata Bieber, pasangan datuk dan neneknya itu saling sayang menyayangi walaupun selepas berumah tangga sekian lama.


Justeru, kata Bieber, apabila tua nanti dia mahu tetap romantik dengan isterinya seperti pasangan Dale.

Bieber berkata, dia mahu segera berkahwin dan mempunyai anak ketika masih muda.


"Bagaimanapun saya perlu mencari teman wanita terlebih dulu," katanya. Bieber pernah bercinta dengan Selena Gomez tetapi hubungan itu berakhir awal tahun ini.


Di sebalik perpisahan itu, Bieber dan Selena dilihat seperti pasangan kekasih ketika sama-sama menghadiri majlis Anugerah Muzil Billboard. Kata Bieber, tiada sebab untuknya memusuhi Selena kerana perpisahan mereka berlaku secara baik. Sementara itu, Bieber berkata, ramai orang memberikan nasihat kepadanya untuk mendapat teman wanita yang tepat. "Nasihat terbaik yang saya terima ialah, bersabar dan mendengar.

"Saya masih muda dan sedang cuba menjadi lelaki yang lebih baik setiap hari," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01

Tiada ulasan:

Catat Ulasan