Isnin, 10 Jun 2013

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Binatang eksotik dalam rumah, pemilik ditahan

Posted: 10 Jun 2013 09:46 AM PDT

BANGKOK 11 Jun - Polis menahan pemilik sebuah rumah di sini selepas menemui pelbagai binatang di dalam rumah tersebut di Minburi, timur negara ini semalam.

Serbuan yang dilakukan secara besar-besaran oleh anggota polis dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar itu menemui pelbagai binatang termasuk 14 ekor singa Afrika dan pelbagai jenis monyet, burung dan ular di dalam kediaman tersebut.

Jurucakap Polis, Kolonel Sarawut Jitrabeab berkata, pemilik rumah tersebut, Montri Boonphonon, 41, berjaya ditahan dan akan didakwa kerana pemilikan haram dan pemerdagangan hidupan liar yang dilindungi. - dpa

Militan kena penjara 7 tahun

Posted: 10 Jun 2013 09:44 AM PDT

JAKARTA 11 Jun - Seorang militan dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun kerana didapati bersalah membuat bom di rumah dan berkomplot untuk menyerang balai polis.

Muhammad Toriq ditahan pada September lalu selepas anggota polis menemui kelengkapan dan bahan letupan di rumahnya di pinggir bandar Jakarta.

Seorang jiran memberitahu pihak berkuasa yang dia ternampak kepulan asap di rumah Muhammad.

Tetapi Muhammad berjaya melarikan diri dan akhirnya menyerah diri kepada pihak berkuasa serta mengaku merancang untuk meletupkan dua buah balai polis di Jakarta pada September lalu. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan