Harian Metro: Global |
Keberanian drebar elak tragedi Posted: 17 Apr 2013 03:06 PM PDT Alpe d'Huez: Pemandu bas yang kemalangan di sebuah kawasan luncur salji di Alps Perancis berusaha memberi amaran kepada 50 penumpang bahawa kenderaan itu berdepan dengan masalah sejurus sebelum kemalangan itu berlaku. Pemandu warga Britain berusia 64 tahun itu yang dipercayai berasal dari Timur Laut dipuji kerana keberanian menakjubkannya selepas dia dikatakan menjerit kepada penumpang : "Ada masalah dengan brek' sambil berusaha menyelamatkan mereka.
"Keberanian pemandu berkenaan menyelamatkan ramai nyawa. Kenyataan ramai penumpang yang kami temui mengesahkannya. Sikap dan tindakannya mengelak daripada keadaan menjadi lebih buruk." Pemandu itu maut dalam kemalangan ngeri ini. Penumpang lain tercampak keluar dan ada yang melompat keluar dari kenderaan yang bergerak itu.
Kemalangan berlaku di pusat peranginan ski Alpe d'Huez. Tiga penumpang dilapor cedera parah. Saksi berkata, ramai penumpang, kakitangan sebuah syarikat ski yang dalam perjalanan pulang ke Britain melompat menerusi tingkap bas itu ketika ia terbakar.
"Bas itu tersadai pada batu besar yang menghalangnya jatuh ke gaung.
|
Air terjun beku sebagai tanda protes Posted: 17 Apr 2013 02:57 PM PDT Tindakan seorang penduduk membiarkan paip airnya sentiasa terbuka sepanjang musim sejuk menyebabkan terbentuknya air terjun beku di luar rumah pangsanya. Wen Hsu, 58, menetap di situ sejak 35 tahun lalu dan tidak merancang untuk berpindah bagi membolehkan sebuah pusat beli-belah dibina.
Dia mengambil keputusan membuka paip air panas dan mengalihkan laluan air itu luar rumah pangsa itu di Jilin, China.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan