Kosmo Online - Dunia |
- 749 orang sertai cabaran buru ular sawa
- Lagi Boeing 787 alami masalah
- Protes antigay di Vatican, Paris
749 orang sertai cabaran buru ular sawa Posted: 749 orang sertai cabaran buru ular sawa
MIAMI, Florida – Seramai 749 orang menyertai cabaran memburu ular sawa Burma selama sebulan yang bermula kelmarin di Taman Negara Everglades Florida, Amerika Syarikat. Pihak berkuasa hidupan liar negeri Florida menawarkan wang tunai sebanyak AS$1,000 (RM3,020) kepada para peserta yang berjaya membunuh ular sawa yang paling panjang. Wang tunai sebanyak AS$1,500 (RM4,530) ditawarkan kepada peserta yang berjaya membawa ular yang paling banyak. Ramai peserta itu menghadiri latihan tentang cara untuk mengendalikan haiwan tersebut yang diadakan pada waktu pagi di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Fort Lauderdale, Universiti Florida di Davie, dekat sini sebelum cabaran tersebut bermula. Seorang peserta, Dan Keenan yang juga bertugas sebagai jurutera membawa pisau dan pistol sebagai persediaan untuk menangkap ular sawa Burma. Ular itu boleh membesar sehingga enam meter panjang. Pihak berkuasa hidupan liar tersebut berharap, bilangan ular sawa itu akan berkurangan bagi memulihara ekosistem di selatan Florida. Beberapa saintis berkata, ular sawa itu hampir membunuh semua haiwan kecil seperti rakun di taman tersebut. Lebih 1,800 ular gergasi telah ditangkap dan dibunuh di kawasan itu sejak tahun 2001 hingga 2011. – Agensi | |
Posted: Lagi Boeing 787 alami masalahSEBUAH pesawat Boeing 787 Dreamliner diperiksa selepas ia mengalami kebocoran minyak di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo semalam. - REUTERS TOKYO - Sebuah pesawat syarikat Japan Airlines, Boeing 787 Dreamliner mengalami kebocoran minyak buat kali kedua semalam dalam tempoh kurang seminggu. Menurut laporan berita Jiji Press, insiden tersebut berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di sini ketika pesawat itu sedang diperiksa oleh beberapa pekerja. Pesawat tersebut diperiksa selepas ia mengalami masalah kebocoran minyak pada Selasa lalu di Boston, Amerika Syarikat (AS). Pihak syarikat berkenaan tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen. Pada Jumaat lalu, pihak penguat kuasa peraturan penerbangan di AS mengumumkan pemeriksaan keselamatan perlu dilakukan ke atas pesawat Boeing 787 Dreamliner selepas berlaku beberapa masalah melibatkan kapal terbang berkenaan. Pada Isnin lalu, kebakaran berlaku di dalam kabin sebuah pesawat syarikat Japan Airlines selepas ia mendarat di Boston dari Jepun. Syarikat Japan Airlines dan All Nippon Airways merupakan pelanggan penting syarikat Boeing kerana kedua-duanya membuat banyak tempahan pesawat tersebut. - Agensi. | |
Protes antigay di Vatican, Paris Posted: Protes antigay di Vatican, ParisSEJUMLAH penunjuk perasaan menghadiri tunjuk perasaan menentang perkahwinan gay di Paris semalam. PARIS - Ratusan ribu orang termasuk penganut agama Islam mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah perkahwinan gay di bandar raya ini semalam. Protes itu diadakan bagi membantah tindakan Presiden Perancis, Francois Hollande untuk membenarkan perkahwinan gay. Sebanyak 900 buah bas digunakan untuk membawa para penunjuk perasaan di lokasi tunjuk perasaan di sini. Tunjuk perasaan tersebut dihadiri oleh pelbagai penganut agama termasuk Kristian. "Kami mahu draf undang-undang perkahwinan gay itu ditarik balik," kata seorang penganjur penunjuk perasaan, Patricia Soullier. Beliau membuat kenyataan itu kepada stesen televisyen BFM-TV sebelum menaiki sebuah kereta api bagi menghadiri tunjuk perasaan tersebut. Sebelum ini, Menteri Kehakiman, Christiane Taubira menganggap undang-undang perkahwinan itu sebagai satu perubahan terhadap tamadun manusia. Beberapa wanita yang tidak berbaju dengan mendedahkan payudara turut diadakan di Vatican yang merupakan tempat tinggal Ketua Gereja Kristian Katolik, Benedict XVI. Bagaimanapun, beberapa anggota polis menangkap wanita-wanita tersebut. Kumpulan wanita itu mengadakan tunjuk perasaan bagi menentang perkahwinan gay. Mereka merupakan anggota pertubuhan pembela hak wanita yang dikenali sebagai FEMEN. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan