Harian Metro: Global |
Posted: 13 Jan 2013 02:12 PM PST Lancashire: Seorang wira perang yang hilang kedua-dua kaki dan tangan kanannya akibat satu letupan bom di Afghanistan meraikan kejayaan selepas lulus ujian memandu dalam cubaan kali pertama. Dave Watson, 26, berdepan dengan kematian apabila terpijak jerangkap samar ketika meronda.
Watson dari Walton-le-Dale, Lancashire, menjalani 38 latihan praktikal dalam masa tiga bulan dengan kereta Range Rover Sport diubahsuai dan kini memiliki lesen memandu penuh.
WATSON lulus dengan sekali ujian saja. Dia menolak untuk membrek dan menarik ke belakang untuk menggerakkan keretanya. Terdapat juga hendal kecil pada roda kemudi yang turut mempunyai butang penunjuk, pengelap cermin depan dan lampu.
Menurutnya, dia mengambil masa yang singkat untuk mahir memandu dalam keadaan cacat.
|
Posted: 13 Jan 2013 02:03 PM PST New Delhi: Polis semalam berkata, mereka menahan enam suspek dalam satu kejadian rogol penumpang sebuah bas terbaru di India, empat minggu selepas tragedi membunuh mahasiswa perubatan yang menggemparkan negara itu berlaku. Pegawai polis tempatan, Raj Jeet Singih berkata, kejadian malang itu berlaku apabila mangsa yang berusia 29 tahun dan bersendirian ketika menaiki bas berkenaan untuk pulang ke kampungnya di Punjab pada malam Jumaat lalu.
"Sebaliknya wanita itu dibawa ke satu tempat sunyi yang jauh daripada orang ramai.
"Pada keesokan paginya, mangsa ditinggalkan di tepi jalan di kampungnya," katanya. Polis masih memburu seorang lagi suspek. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan