Harian Metro: Global |
Posted: 14 Jan 2013 01:18 PM PST Berlin: Jika dulu peminat aktiviti perkhemahan banyak bergantung kepada cuaca, pembukaan taman karavan tertutup pertama di dunia kini memberi lebih banyak kemudahan untuk sesiapa yang berminat. Pengalaman dalam hotel unik itu boleh dirasai sendiri di Berlin, apabila pelbagai jenis karavan klasik serta pondok kayu ditawarkan untuk pelanggan, termasuk di kalangan mereka yang cerewet.
Ia terletak di bekas kilang pencuci hampa gas dan ditukar Silke dan Sarah sebagai 'tapak perkhemahan' menggunakan karavan serta kabin kayu.
"Kami memikirkan memasang roda di bawah kabin, tetapi kemudian tersedar bahawa memang ada kabin yang beroda, iaitu karavan," katanya. Tanpa membuang masa, kata Silke, mereka membeli tiga unit karavan.
Satu lagi karavan pula dihias dengan begitu cantik dan dilengkapi katil yang bersaiz besar. Seseorang yang ingin merasai pengalaman "perkhemahan bandar" itu dikenakan bayaran kira-kira RM250 satu malam. - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/15 |
Posted: 14 Jan 2013 12:53 PM PST Seoul: Samsung Electronics Co semalam berkata, jualan global telefon pintar Galaxy S melepasi tahap 100 juta unit sejak model pertama dalam siri itu diperkenalkan lebih tiga tahun lalu. Kenyataan syarikat itu menyebut, lebih 25 juta telefon pintar Galaxy S, 40 juta Galaxy SII dan 42 juta Galaxy S III terjual setakat ini. Samsung melancarkan model Galaxy S pertama pada akhir Mei 2010 dan bersaing dengan Apple yang kemudian mempengaruhi pasaran dengan iPhone. Namun, Samsung bertindak pantas merapatkan jurang dengan Apple.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan