Berita Harian: Dunia |
Posted: 10 Jan 2013 01:54 PM PST Aleppo: Seorang menteri Syria tidak mengaku anak lelakinya adalah zuriat beliau kerana dia menjadi anggota pemberontak Tentera Syria Merdeka (FSA). Soal keamanan negara adalah lebih utama daripada semua perkara lain termasuk pertalian keluarga, kata Menteri Negara bagi Hal Ehwal Parlimen, Mohamed Torky El-Sayed yang dipetik agensi berita SANA. El-Sayed juga menyifatkan keputusan pemuda itu untuk menyertai FSA hanya mencetuskan kemarahan dan menyebabkan anaknya dibenci. Hubungan mereka berakhir lebih setahun lalu selepas Bassem mengambil pendirian bercanggah dengan kepentingan negara, kata menteri itu lagi. El-Sayed mengakui beberapa kali cuba memujuk anaknya tidak menjadi anggota pemberontak yang mahu menggulingkan Presiden Bashar al-Assad, tetapi gagal. Beberapa laman web pembangkang Syria melaporkan Bassem sudah maut dalam pertempuran di Aleppo baru-baru ini. Mereka dilepaskan sebagai tukaran pembebasan lebih 2,000 tahanan termasuk wanita dan kanak-kanak yang ditahan pihak berkuasa Syria. Persetujuan itu dicapai selepas perunding Turki, Qatar dan Iran menjadi pengantara. Ia adalah pertukaran tahanan terbesar sejak pemberontakan meletus, 22 bulan lalu. Warga Iran berkenaan tiba di hotel Sheraton di ibu negara Syria dalam beberapa van dengan diiringi anggota keselamatan. AGENSI |
Posted: 10 Jan 2013 01:53 PM PST Kaherah: Presiden Palestin, Mahmud Abbas dan pemimpin Hamas, Khaled Meshaal bersetuju melaksanakan perjanjian perpaduan yang tertunda selepas kedua-dua pihak menandatanganinya, kata pegawai Hamas, semalam. Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat di Kaherah, hampir setahun selepas rundingan berjalan antara Abbas yang berkuasa di Tebing Barat dan Meshaal di Semenanjung Gaza, bagi menghentikan permusuhan mereka.
Katanya lagi, rundingan berjalan dengan baik. Pegawai Fatah dan Hamas akan membincangkan sekali lagi kerjasama mereka. Fatah dan Hamas bersetuju ambil langkah menunjukkan mereka sedang menggerakkan usaha bersatu, lapor Yasser Ali, jurucakap Presiden Mesir, Mohamed Mursi, sebagai berkata. Ketika berunding di Kaherah, Abbas dan Meshaal juga mengadakan perbincangan berasingan dengan Mursi. Meshaal dan Abbas memberi tumpuan kepada pelaksanaan persetujuan pada April tahun lalu iaitu mewujudkan perpaduan bagi menamatkan pergaduhan antara mereka. Perjanjian itu yang menyaksikan Mesir menjadi orang tengah, memberi tumpuan kepada persetujuan itu yang ditandatangani pada Mei lalu tetapi belum digerakkan untuk mencapai matlamatnya. Persaingan antara dua kumpulan Palestin Hamas itu meledak pada Jun 2007 apabila angkatan bersenjata Hamas menawan Gaza, setahun selepas menang besar dalam pilihan raya Parlimen. Meshaal dan Abbas mulanya berunding di Kaherah pada Februari 2012 tetapi tidak banyak kemajuan dicapai dari segi menamatkan jurang pendirian antara mereka.
Mursi berjanji berusaha menamatkan sekatan ke atas Gaza dan membantu penduduk Palestin mengatasi krisis kewangan dengan melobi penderma dan negara Arab lain, kata ketua perunding Fatah, Azzam al-Ahmed.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan