Harian Metro: Global |
Bola gergasi bahtera ‘kiamat’ Posted: 11 Dec 2012 10:45 AM PST BEIJING: Berdasarkan kalendar Mayan, kiamat akan berlaku 10 hari lagi. Berikutan itu, sesetengah pihak yang percaya kepada ramalan itu cuba mencari jalan untuk menghadapi bencana berkenaan. Seorang petani di China percaya, dia mampu menghadapi sebarang malapetaka selepas membina tujuh 'bola gergasi' yang mampu menyelamatkannya dalam keadaan darurat. Liu Qiyuan menyiapkan alat itu yang digelar 'Bahtera Noh' menggunakan gentian kaca selepas mendapat ilham daripada filem Hollywood, 2012.
"Alat ini boleh dijadikan tempat berlindung ketika berlaku bencana alam seperti tsunami atau taufan," katanya.
Awal tahun ini, seorang ahli perniagaan China, Yang Zongfu mendedahkan alat keselamatannya bagi menghadapi bencana alam bernilai hampir RM740,000.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/12 |
Kucing ‘curi’ 26 kunci jiran Posted: 11 Dec 2012 10:17 AM PST LONDON: Seekor kucing, Moggy Milo 'mencuri' 26 set kunci ketika berkeliaran di rumah jiran selepas kunci terbabit terlekat pada kolar magnetik yang dipakainya. Penduduk pada mulanya hairan dengan kehilangan kunci mereka.
Kirsten, 27, dari Stoke Newington, London Utara berkata: "Saya sudah menyerahkan semula semua kunci itu kepada pemiliknya." Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/12 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan