Berita Harian: Dunia |
Speaker Singapura letak jawatan Posted: 12 Dec 2012 01:08 PM PST Palmer mengaku terbabit skandal seks dengan pekerja Singapura: Speaker Parlimen Singapura, Michael Palmer, meletak jawatan semalam, selepas mengaku terbabit dalam skandal seks terbaru republik itu. Perilaku saya tidak wajar dan adalah kesilapan besar. Saya meletak jawatan untuk mengelak daripada terus memalukan PAP dan Parlimen," Michael Palmer, Speaker Parlimen Singapura Palmer yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, mengangkat sumpah jawatan pada Oktober lalu. Pikul tanggungjawab "Saya letak jawatan untuk memikul tanggungjawab penuh kesilapan serius ini. Saya menjalin hubungan dengan seorang pekerja komuniti kawasan Pasir Ris-Punggol GRC. Meskipun individu berkenaan tidak bekerja di bawah saya, Punggol East sebelum ini termasuk dalam kawasan Pasir Ris-Punggol GRC. Sementara itu Chee Hean berkata, PAP mengetahui perkara itu Sabtu lalu dan Palmer menawarkan diri untuk meletak jawatan pada malamnya. "Saya kesal kami mengecewakan penduduk Punggol East. Saya mahu beri jaminan bahawa kami akan betulkan keadaan dan terus jaga kebajikan anda," kata Chee Hean. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan mencalonkan Speaker baru apabila Parlimen bersidang seterusnya, lapor media. Tunggu keputusan Perdana Menteri "Terpulang kepada Perdana Menteri sama ada pilihan raya kecil perlu diadakan," kata Chee Hean. Palmer menang kerusi Punggol East dalam pertandingan tiga penjuru semasa pilihan raya tahun lalu, mengalahkan calon Parti Pekerja dan Pakatan Demokratik Singapura. Jun lalu, bekas Unit Penguatkuasaan Dadah Singapura dituduh terbabit dalam rasuah selepas meminta khidmat seks sebagai tukaran memberi kontrak, menurut dokumen mahkamah. - AFP/Agensi |
Posted: 12 Dec 2012 12:57 PM PST St Petersburg: Seorang sekutu politik Presiden Russia, Vladimir Putin mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Lady Gaga atas tuduhan mempromosi hak gay kepada golongan bawah umur dalam konsertnya, Ahad lalu. Anggota parti pemerintah, United Russia, Vitaly Milonov, menuduh penyanyi itu melanggar undang-undang sejak awal persembahannya.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan