Berita Harian: Dunia |
Pakar gali ambil sampel mayat Arafat Posted: 27 Nov 2012 12:03 PM PST Siasat sama ada bekas pemimpin Palestin dibunuh guna radioaktif Ramallah: Pakar forensik mengambil sampel dari mayat pemimpin Palestin, Yasser Arafat yang dikebumikan di Tebing Barat semalam dalam usaha menyiasat sama ada bekas pemimpin Palestin itu dibunuh ejen Israel menggunakan bahan radioaktif beracun, Polonium yang sukar dikesan. Pihak berkuasa berkata mayat Yasser Arafat dikebumikan semula, beberapa jam selepas digali sebagai sebahagian siasatan kematian beliau. Analisis pakaian "Sampel akan diambil berdasarkan protokol ketat dan ia kemudian akan dianalisis," kata jurucakap Hospital Universiti Lausanne di Switzerland, Darcy Christen yang menjalankan ujian awal terhadap pakaian Arafat. "Dalam usaha untuk melakukan analisis, memeriksa, melakukan pemeriksaan sekali lagi, ia akan mengambil masa beberapa bulan dan saya tidak fikir kita akan mengetahui sebarang keputusannya sebelum Mac atau April tahun depan," katanya. Meninggal dunia Arafat, yang mengetuai Palestin dalam usaha untuk mendapatkan sebuah negara melalui perang selama beberapa tahun dan rundingan damai, mati di Paris ketika berusia 75 pada 2004 selepas menghidap sakit misteri. Tiada bedah siasat dijalankan ketika itu atas permintaan Suha dan doktor Perancis yang merawatnya juga berkata mereka gagal untuk menentukan punca kematiannya. Bagaimanapun dakwaan kemungkinan perbuatan khianat muncul dengan penduduk tempatan menyalahkan Israel yang mengepung ibu pejabat Arafat di Tebing Barat di Ramallah selama dua setengah tahun terakhir kehidupan beliau selepas tercetusnya kebangkitan Palestin. - REUTERS |
Pemimpin Baju Merah dibicarakan esok Posted: 27 Nov 2012 11:42 AM PST Bangkok: Pemimpin pembangkang ketika bantahan kumpulan 'Baju Merah' di Bangkok pada 2010 akan dibicarakan esok dalam kes yang dikhuatiri menyemarakkan lagi ketegangan politik di Thailand. Seramai 24 tertuduh termasuk lima ahli parlimen sekarang akan berhadapan dengan hukuman penalti maut kerana peranan mereka dalam demonstrasi terbabit yang menarik kira-kira 100,000 penduduk kebanyakan adalah penyokong bekas perdana menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra.
Tuntut pilihan raya Penyokong Baju Merah menuntut pilihan raya segera, mendakwa kerajaan sebelumnya tidak demokratik selepas berkuasa pada 2008 melalui satu undian parlimen, berikutan mahkamah memerintahkan kuasa di kalangan sekutu Thaksin tidak sah. Pemimpin Baju Merah, kebanyakannya menyerah diri kepada polis selepas kerajaan menghantar kenderaan perisai dan tentera melepaskan tembakan, berkata yakin bahawa mereka dapat membuktikan tidak bersalah. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan