Harian Metro: Global |
Posted: 28 Oct 2012 01:42 PM PDT DRESDEN (Jerman): Doktor di sini berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 28 kilogram, cukup besar untuk memenuhi sebuah kereta sorong, daripada seorang wanita berusia 60 tahun. Wanita berkenaan, Irmtraud Eichler, sebelum ini dikatakan obese selepas berat badannya meningkat apabila ketumbuhan pada ovarinya itu membesar.
Tetapi apabila ketumbuhan itu membesar sehingga Irmtraud tidak boleh berdiri, anaknya mendesak dia menjalani satu lagi pemeriksaan.
Berat pesakit itu berkurangan 40 kilogram selepas pembedahan berkenaan dan berkata, dia amat gembira dengan keadaannya sekarang.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/29 |
Posted: 28 Oct 2012 11:00 AM PDT PENYEDIA perkhidmatan minyak dan gas di luar pesisir antarabangsa yang berpangkalan di Malaysia, Bumi Armada Bhd (Bumi Armada) bakal mengukuhkan operasinya di India disokong dengan kehadiran kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) miliknya di negara itu dengan pelayaran pertamanya, Sabtu lalu. Kapal FPSO kelima syarikat itu, Armada Sterling bernilai RM1 bilion belayar meninggalkan Keppel Shipyard Singapore bagi memberi perkhidmatan kepada Oil and Natural Gas Corporation Ltd (ONGC) di lapangan D-1, 200 kilometer di luar pesisir Mumbai, India.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hassan Basma berkata, menerusi pelayaran itu, Bumi Armada kini menjadi penyedia kedua FPSO di India selepas Reliance Industries.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/29 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan